CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Kesalahan Tak Boleh Dikompaun Semasa Musim Perayaan Tapi Perlu Selesai Di Mahkamah!

21-4-2022 04:59 AM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1603| Komen: 6|Original author: Agent13k

Baru-baru ini, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengumumkan lima kesalahan lalu lintas yang tidak dibenarkan untuk dikompaun sempena musim perayaan kali ini, tetapi ia perlu diselesaikan di makhamah.

kredit foto: Daain


Petikan dari Vocket, lima kesalahan itu adalah memandu di lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong barisan, memandu melebihi had laju dan gagal mematuhi lampu isyarat merah. 

Selain itu, ada perintah larangan pemanduan kenderaan barangan akan dilakukan pada 30 April hingga 2 Mei, serta 7 dan 8 Mei.

Loading FB Post...



Difahamkan, larangan ini bertujuan untuk mengurangkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran aliran trafik yang biasanya melibatkan kenderaan berat dan kenderaan ringan selain mengelakkan kesesakan lalu lintas.


Di samping itu, seramai 2,200 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terlibat dalam Ops Hari Raya Aidilfitri dengan menggunakan teknik penyamaran sebagai penumpang bas ekspres dan pemantauan melalui stesen penguatkuasaan (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 21-4-2022 08:11 AM
Hari raya ni ape yg penting selain korg dpt duit epf tuh baik korg jaga-jaga diri dr disaman atau kompaun yeee. Elak juga scammers dimana2.
Quote ally9970 21-4-2022 09:03 AM
Kena ada larangan kenderaan asing berada di atas lebuhraya pada masa tu jugak...
Quote gekkou 21-4-2022 10:35 AM
confirm ada yang akan guna lorong kecemasan
sepertinya kalau dapat potong 10 biji kereta
terasa lebih cepat sampai ke destinasi berbanding orang lain
Quote glump 21-4-2022 12:30 PM
Tiada insurans kenderaan pun kena ke mahkamah.
Quote supernaturalee 21-4-2022 12:42 PM
dulu2 ada jgk guna lorong kecemasan tu sbb nmpk ramai je guna
jem mcm siput
dh lh bwk manual ms tu

lps2 tu dh bijak sikit x buat dah

harapnya xde yg screenshot pi report plk pengakuan iols
Quote Artemesiaa 21-4-2022 12:48 PM
Eloklah peringatkan takut ada yang buat2 lupa.  Bila dah terlampau sesak ramai mula buat peraturan sendiri.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.224747 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top