CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Bertarung Dengan Dirinya- Yasin Sulaiman Pesakit, Bukan Penjenayah"

20-4-2022 04:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2155| Komen: 13

Abang penyanyi, Yasin Sulaiman iaitu Zain Sulaiman, 50, melahirkan perasaan terharu terhadap sokongan rakan-rakan adiknya yang kini berada di Penjara Sungai Buloh.


Menurutnya, dia menerima banyak panggilan telefon daripada mereka yang melahirkan sokongan serta mahu melawat Yasin untuk memberikan kata-kata semangat.


Foto: Harian Metro

"Baru-baru ini pun saya bertemu ramai kumpulan-kumpulan nasyid. Semua bertanyakan berkenaan Yasin dan kata mereka berikan sokongan penuh kepadanya.

"Alhamdulillah... masa peguam, Yusmadi Yusoff jumpa dia sebelum ini keadaan dia nampak okey. Tapi dah tentulah ini satu persekitaran baru untuk dia.


"Jadi Yusmadi cuba menenangkan dia. Yang penting kita nak dia stabil. Insya-Allah...," katanya kepada Harian Metro.

Zain berkata, Yasin pernah memberitahunya bahawa dia hanya mahu menjadi lebih baik dan dia memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan.

"Yasin sebenarnya tak suka susahkan orang dan tak cerita dengan orang apabila dia mengalami masalah walaupun masalah perubatannya.

"Sebolehnya dia cuba cari jalan penyelesaian, cuba selesaikan masalahnya. Jadi itulah... dia beritahu saya orang mungkin bila tengok dari luaran nampak semua okey.

"Tapi didalamnya dia sedang bertarung dengan penyakit yang dihadapinya. Itulah yang diceritakan kepada saya," katanya.

Zain berkata, seluruh keluarganya amat memahami masalahnya serta memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada adiknya.

"Kita memang bersama dia. Dia pesakit dan bukannya penjenayah. Itu pendirian kami. Kita memang tahu keadaannya.

"Ramai di luar mungkin tak tahu sejarah masalah kesihatan dia, masalah bipolar dia. Kita di pihak keluarga, malah rakan-rakan nasyid dia semua tahu masalah ini.

"Kalau tengok dalam video-video di YouTube, Yasin memang menaikkan kesedaran awam berkenaan penyakit bipolar dan keadaannya. Dia dah umumkan pada orang dan sesuatu yang harus dihadapi berterusan," katanya yang mengharapkan masyarakat tidak berterusan mengecam adiknya.

Penyanyi lagu Mimpi Laila ini menghidap bipolar serius sejak 2009 dan pernah dimasukkan ke Wad Psikiatri HUKM (kini Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM) pada tahun sama dan sejak itu berada di bawah pengawasan doktor pakar.

Dia juga mengambil ubat berterusan dan episod paling teruk dilaluinya berkaitan bipolar ialah pada 2009, 2013 dan 2018.

Terdahulu, Yasin tidak dibenarkan ikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Majistret atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan semula kes. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 20-4-2022 06:38 PM
Salah tetap salah bg iols retis ke menteri ke rkyt marhaen ke tetap slh.
Quote Nenasketum 20-4-2022 06:47 PM
So puluhan pkok ganja & cash dalam rumah tu haper? Ni suma nak precedence so puak2 ni boleh buat seduka hati.
Quote Jijoli 20-4-2022 07:01 PM
Kalau sakit jumpalah doktor konsisten buat rawatan, bukan sendiri claim guna ganja UTK cure sakit
Quote sunshinelady 20-4-2022 07:05 PM
i hope walaupun dia dlm penjara, penjara still give him his regular medications.
Quote cheezel 20-4-2022 07:46 PM
Mula dahh. Cuba kalau marhaen xde pun nk bekap2
Quote naina 20-4-2022 08:48 PM
Nenasketum: So puluhan pkok ganja & cash d ...


Yang puluhan tu anak Vincent Tan. Yasin cume 17 pasu je yang kebanyakannya kecik2 anak. Cash rm700 je mana ada banyak pun. Yang banyak tu bila campur dengan harga kereta Toyota wish dia rm40k.
Hope yasin bebas. Hehe
Quote dua_chzy 20-4-2022 08:50 PM
Salah didikan, gitu la bang.

Hairan juga akak motif ko takleh nak turn 180 degrees hidup ko, bukan asal family B40 merempat tepi jalan pun.
Quote exclusive_vvip 20-4-2022 09:14 PM
like I said dlm thread manatah..org ramai mcm indenial sbb heols penyanyi nasyid kot..cer kalo heols dari rock band, mampus 99% masyarakat xde nyer nak bg sokongan padu..
Quote becir 20-4-2022 09:34 PM
I sorang je ke yg hati keladak meluat baca kisah yasin ni? I siap pikir ntah2 ex wife dia senyum sinis heols kena tangkap
Quote cashewnut 20-4-2022 09:39 PM
Jangan ingat bipolar boleh lepas, kalau macam tu senang le hidup. Kalau nak ubat diri tu bukan cara berjual beli kat orang lain? Musician kot, muzik n dadih berpisah tiada. Jangan sesekali dinormabarukan kalau sakit ambik ganja.
Quote cashewnut 20-4-2022 09:41 PM
Kat malaysia ni 100 orang maybe buat ubat, lagi 10000 orang buat mendadih. Gam kasut pun jadi buat dadih. Belum lagi ketum yang herba tu.
Quote chaos_sweetly 21-4-2022 12:10 AM
exclusive_vvip: like I said dlm thread manatah ...
i setuju statement u ni…
Quote chaos_sweetly 21-4-2022 12:12 AM
cashewnut replied at 20-4-2022 09:41 PM
Kat malaysia ni 100 orang maybe buat ubat, lagi 10000 orang buat mendadih. Gam kasut pun jadi buat d ...

???? setuju!!!

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.187376 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top