CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perbicaraan Kes Cabul Da'i Syed Ditangguh, Mangsa Tak Datang Mahkamah

20-4-2022 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 657| Komen: 4

Perbicaraan kes pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atas pertuduhan mencabul dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang penuntut kolej swasta, ditangguhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas wanita itu tidak hadir bagi memberi keterangan.


Penuntut kolej itu yang juga mangsa dan pengadu kes sepatutnya memberi keterangan sebagai saksi pertama pendakwaan pada perbicaraan yang dijadualkan bermula hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan sebelum ini, dilapangkan.


Foto: Utusan

Syed Shah Iqmal, 27, yang lebih dikenali sebagai Da’i Syed sepatutnya dibicarakan pada 18, 20, 21 dan 22, 25 hingga 29 April dan sehari pada 17 Mei ini.

Sehubungan itu, beliau memohon tarikh bicara pada 17 Mei ini dikekalkan.

Sementara itu, peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili tertuduh memaklumkan pihaknya tiada bantahan tarikh perbicaraan pada bulan ini dilapangkan kerana hak agak guamnya tidak diprejudiskan.

Hakim Jamaludin Mat membenarkan permohonan pendakwaan agar perbicaraan ditangguhkan dan menetapkan 17 Mei ini untuk sebutan kes.



Pada 19 Mac 2021, kes cabul yang dihadapi Syed Shah Iqmal dibenar dipindahkan dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan serentak.

Ketika didakwa di Mahkamah Sesyen pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa yang ketika itu berusia 22 tahun.



Dia didakwa melakukan persetubuhan luar tabii mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Di Mahkamah Majistret pula, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.



Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di antara pukul 3 pagi dan 4 pagi, 17 Oktober 2020 di rumah sewanya di Empire City, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana dekat sini.

Pendakwah selebriti itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 20-4-2022 07:26 PM
Muka xsihat ke muka sihat tlg la jgn selfie..geli tgk bulu2 tu
Quote cucutokwan89 20-4-2022 07:10 PM
Ni mmg style terkini dia ke? Hmmm
Quote Wimoon 20-4-2022 06:05 PM
Nampak geli mukanya disitu
Quote prince_marhaen 20-4-2022 03:08 PM
wukongggggggggggggg!

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.068584 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top