CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tak Kenal Nabil Mat Jahya!"-Emosi Mawar Karim Tak Stabil Dituduh Lari Bayar Hutang

20-4-2022 02:27 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5347| Komen: 17|Original author: Saiful

Emosi Mawar Karim terganggu gara-gara dakwaan gagal bayar hutang berjumlah RM720,000.

Berita itu juga menjejaskan reputasinya dalam perniagaan, selain bimbang dengan keselamatan anak dan keluarganya.


Foto: IG

"Saya hanya dapat tahu tentang kes ini melalui perkongsian di sosial media. Pastinya emosi saya terganggu apabila orang sekeliling mula bertanya.

"Dalam masa sama saya risaukan keselamatan anak dan keluarga serta reputasi sebagai usahawan kerana pelanggan mungkin beranggapan saya tidak boleh dipercayai," katanya kepada mStar.


Untuk info, Mawar didakwa meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya.


Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.

Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, Mawar gagal untuk melangsaikan hutangnya, justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada usahawan itu namun tiada jawapan.

Mawar juga menyatakan dia tak pernah berurusan dengan Nabil.



"Saya tidak kenal plaintif dan tidak pernah berurusan dengan dia. Tuduhan yang dilemparkan adalah tidak benar.

"Saya tidak pernah berhutang dan syukur perniagaan yang saya jalankan masih stabil.

"Saya tidak tahu bagaimana cerita ini boleh muncul. Mungkin ada pihak yang dengki atau mahu sabotaj saya."



Peguam mewakili Mawar iaitu Datuk Mohd Imran Tamrin dari Tetuan Zabir Imran & Partners dan Mohd Azali berkata, pihaknya akan membuat permohonan mengetepikan dan melanjutkan perintah penghakiman ingkar seperti yang telah dikeluarkan.

"Mawar tidak jelas dengan tuntutan yang dibuat kerana dia menerima makluman dari kenyataan media plaintif dan bukan dari mahkamah.

"Kami akan buat permohonan untuk mengetepikan perintah ingkar dan penangguhan perintah tersebut seperti yang telah dikeluarkan oleh mahkamah." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 20-4-2022 03:05 PM
Tgk mawar ni classy gila

Xmerempan
Terus tefek notis..siap 2 lawyer firm lg haaa

Apooo ko Sarah..nk p Umrah nk meroyan smbil eksen nk amik 2 lawyer..adoiii..bongokkkk
Quote kakaro940 20-4-2022 03:10 PM
keciknya bdan c mawar ni..dr dia mgandung spi beranak bdn x pernah naik ya..
Quote Lentera 20-4-2022 04:54 PM
Edited by Lentera at 20-4-2022 04:55 PM

Siapakah gerangan si S yg disebut2 di ig mawar?
Quote cupu 20-4-2022 09:13 PM
Aku bc komen di fb ramai plk org lelaki ckp.mawar ni sesuatu. Dia mcm berhutang.kawan tu dh bankrup pun.tu yg tuntut mawar byr hutang. Komen aku bc sbb ppuan dia jd mcm tu. Benda mcm ni mmg xmustahil.
Quote stania83 20-4-2022 09:16 PM
haritu lawyer ada cakap perjanjian mmg ada tapi tak akan disclose isunyaa.
Quote MissVixen 20-4-2022 09:20 PM
Macam pelik aje mawar ni. Fareeda pon dah nyawa2 ikan...stabil ke?
Stress sangat dengan hutang sampai selective amnesia pasal  nabil tu?
Quote eyansss 20-4-2022 09:23 PM
stania83 replied at 20-4-2022 09:16 PM
haritu lawyer ada cakap perjanjian mmg ada tapi tak akan disclose isunyaa.

kalau betul ada perjanjian, berani mawar claim tak kenal...  menarik n tak sabar nak tunggu kesudahan...
Quote likilu 20-4-2022 10:01 PM
Betullah orang cakap, harta dunia ni cuma pinjaman semata mata

Mawar pun boleh pinjam persahabatan bernilai rm720,000

Korang ada sahabat macam tu? Sahabat korang rm700 pun tak laku. Ini mawar ok.
Quote totokreturn. 20-4-2022 10:10 PM
dia nye butik dekat bangi tu kalo jual senang2 je nak bayar 720k tu
Quote MarryPottet 20-4-2022 11:02 PM
Hai acik2 porem semua
Acik efbee datang mencemar duli ni
Betulkah katanya dah kawen?
Dan press pun terhidu berita kata dia dah kawen dgn jutawan kat sebuah pusat peranginan sebelum puasa baru ni
Screenshot_2022-04-20-22-56-00-088.jpg
Quote MarryPottet 20-4-2022 11:05 PM
Lentera replied at 20-4-2022 04:54 PM
Siapakah gerangan si S yg disebut2 di ig mawar?

Aci dop nak fitnoh S = Siti Bainun?
Quote juruterra 21-4-2022 08:33 AM
kalau pinjam duit cara mulut je takde agreement habis la pakcik nabil xkan dpt blk duit dia
harap2 betuilla mawar x kenal pakcik nabil
Quote takayama 21-4-2022 09:18 AM
kita tunggu dan lihat
pihak sana kata ada agreement, pihak sini kata x kenal saper Nabil tu
makin menarik
Hrp ms hearing setting aside judgment tu adalah clue ttg content agreement
Quote mrsamz 21-4-2022 09:23 AM
Normabaru replied at 20-4-2022 03:05 PM
Tgk mawar ni classy gila

Xmerempan

Kann..aku takde la minat si mawar ke hape..tapi suka tengok personality dia..kemas dan terletak elok je penampilan dia..sesuai imej korporat
Quote mizruncing 21-4-2022 09:55 AM
mangsa keadaan kah?? kesian gak tgk dia ni. tp better letgo jela butik fareeda tu. sbb ari tu tgk nk keluarkan mawar jewellery.. smpai ke sudah senyap je. tp mcm tak percaya plak klu dia berhutan 720k tu. hutang pijo 2 juta dlu rileks je dia tolong takkan 720k x mampu
Quote syakuntala 21-4-2022 12:27 PM
Org bisnes mmg mcm2 dugaan... Tp hrp mawar x bhutang....
Quote Nnasda53 21-4-2022 01:20 PM
Tak sabar nak tengok kesudahan nya kisah ni.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.279002 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top