CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Tak Sayang Nyawa Ke?" - Netizen Berang Budak Selamba Baring Atas Jalan

20-4-2022 02:13 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1115| Komen: 8|Original author: Cinta Erina

Sumber: Facebook Hyperviral


Kes basikal lajak yang membabitkan lapan remaja maut kerana dilanggar wanita yang dikenali sebagai Sam Ke Ting masih belum reda dari menjadi bualan netizen. 

Terbaru, muncul pula satu video di Facebook HyperViral yang menunjukkan sekumpulan budak lelaki berada di atas jalan.

" data-width="500">Loading FB Post...


Menerusi video itu, kelihatan sekumpulan remaja lelaki berada di atas jalan raya yang gelap pada waktu malam. 

Bukan itu sahaja, mereka dengan selambanya berbaring sambil berguling-guling. Tidak sanggup rasanya melihat video itu kerana bimbang akan keselamatan mereka. 

Yang membuatkan ramai netizen berang adalah apabila kumpulan remaja itu boleh bergelak tawa seperti tiada apa berlaku dan mereka kelihatan langsung tidak risau jika ada kereta yang lalu dan menghentam mereka seperti kes basikal lajak yang telah membunuh lapan remaja sebelum ini. 

Semasa mereka sedang berbaring di atas jalan, terdapat sebuah kereta yang lalu dan terpaksa memandu secara perlahan untuk mengelak daripada melanggar remaja-remaja terbabit. Namun, mereka masih tidak berganjak dan kekal baring di atas jalan raya. 

Hal ini menyebabkan begitu ramai netizen mengkritik tindakan remaja-remaja ini yang langsung tidak mempunyai rasa takut dan bimbang sekiranya nyawa mereka akan 'melayang' jika dilanggar oleh kenderaan yang lalu-lalang di situ.

Sumber: Facebook Hyperviral

Apa motif mereka berbuat begitu? Tak cukup perhatian dan kasih sayang sangat ke? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zarulnazmi 20-4-2022 03:11 PM
Ni lah yang buat aku sangsi dengan kes sam ke ting tu. Kadang-kadang aku terfikir ada kemungkinan perangai mangsa atas jalan yang buat masalah.
Quote dodolgemok 20-4-2022 03:21 PM
So kalau budak2 ni mampos kena langgar, yg melanggar tu kena penjara kan? Sebab budak2 ni xsalah, mmg dia patut berada kt tengah2 jalan tu smbil baring2 kan?
Quote ezacbee 20-4-2022 03:32 PM
Mesti budak2 ni ingat klo mati masuk syurga..
Quote darkness 20-4-2022 03:34 PM
Aku ada baca somewhere, budak2 yg meninggal ni konon tgh tunggu mak pak doa di syurga. Yg kes mcmni klu budak2 mati sama jgk ke
Quote Artemesiaa 20-4-2022 03:36 PM
Tak habis2 nak timbulkan masaalah
Quote arm_band 20-4-2022 03:49 PM
plus boleh cari budak2 ni. buat perintis utk hiway maintenance, jimat xyah reflector xyah safety vehicle. masing2 pemberani macam pahlawan

Quote Decaffeinated 20-4-2022 03:55 PM
satu lagi benang dua hari lewat dibawakan untuk anda oleh siapa lagi cer teka



Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.085864 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top