Pada hari Isnin yang lepas, viral satu video di media sosial berkenaan dengan seorang staf klinik yang mengamuk kepada pelanggan sehingga menendang kereta sorong bayi. Hal ini telah mengundang kritikan daripada netizen. Kejadian itu telah dikongsikan menerusi satu video di Facebook Wake Up, Singapore yang menunjukkan 2 orang wanita sedang bergaduh. Budak lelaki yang dipercayai anak pelanggan tersebut telah meminta mereka untuk berhenti bergaduh namun tidak didengari.
Loading FB Post... Apabila melihat tindakan staff itu, ramai netizen mengecam klinik di Bukit Katok, Singapura itu dengan memberi review 1 star di google review. Tetapi jangan risau, ada satu lagi video dimuatnaik yang dipercayai video sebelum berlakunya kes pertengkaran itu. Menerusi video itu, kelihatan staff dan pelanggan itu sedang berkomunikasi sebelum pelanggan itu melemparkan kertas kepada staff tersebut. Akibat tidak tahan dengan tindakan pelanggan itu, staff klinik tersebut mula melawan dengan mengancam untuk melemparkan satu objek kepada pelanggan itu sebelum mereka sama-sama keluar dari klinik dan terjadilah insiden staff menendang stroller itu. Menurut info dari The Independent, anak kepada pelanggan itu merayu dan berusaha untuk meleraikan pertengkaran itu namun semuanya sia-sia kerana mereka berdua sudah bertekak. Namun apabila melihat kedua-dua video tersebut, ramai yang mengatakan bahawa pelanggan itu tiba-tiba berubah jadi 'lemah lembut' setelah menyedari perbuatan mereka sedang dirakam. Menurut sumber, ada yang mengatakan bahawa insiden itu berpunca daripada isu MC. Namun, pihak klinik tersebut telah tampil untuk membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun Facebook mereka. -CARI |
Carcosa: Anak dia cakap "You are peanut ...
According to Coconuts.co, the argument started with a medical leave issue
Nana_Man replied at 20-4-2022 03:34 PM
Kesian anak nyonya ni.
Malu dpt mak mcm ni.
Adrif replied at 21-4-2022 12:24 AM
video pertama : ternyata pelanggan tu yang biadap dan provoke staff tu
video kedua : ternampak oran ...
ADVERTISEMENT