CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Halang Bawa Keluar, Along Cham Tak Izin Zila Lawat Anak?

20-4-2022 01:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13626| Komen: 80

Selepas enam tahun bercerai, pelawak dan pelakon, Along Cham, 39, masih lagi menerima kiriman mesej daripada netizen di Instagram yang mendakwa dia menghalang bekas isteri, Zila Saeron bertemu anak mereka, Ahmad Danial, 11.


Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad berkata, dia tidak pernah menghalang seorang anak bertemu ibunya kerana walau apapun yang sudah berlaku, 'syurga' Danial tetap pada ibunya.


Foto: IG

"Saya masih tahu agama dan sampai bila-bila pun dia adalah ibu kandung Danial yang harus dihormati dan disayangi anak saya. Kenapa saya nak halang mereka berjumpa? Bekas isteri boleh saja datang melawat anak di rumah ibu bapa saya di Johor.


"Pintu rumah keluarga saya sentiasa terbuka dan sedia menerima tetamu. Cuma, untuk dia (bekas isteri) bawa keluar anak saya ke mana-mana tidak bolehlah kerana mengikut keputusan yang sudah diputuskan mahkamah ketika bercerai dulu. Tapi, kalau datang nak melawat Danial dipersilakan. Saya okey kerana tahu mesti anak saya pun rindukan ibunya. Selama ini saya tidak pernah halang dia berjumpa anak," katanya kepada Harian Metro.

Along mendirikan rumah tangga bersama Zila yang juga penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia 4 (AF4) pada 2011.



Namun, mereka bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016 selepas lima tahun hidup bersama.

Along berkata, kali terakhir Zila berjumpa anak mereka ialah dua tahun lalu.

Menurutnya, Zila tetap berhubung dengan Danial menerusi telefon sehingga hari ini.



Bercerita mengenai luahan kerinduan Danial terhadap ibunya, Along berkata, anaknya itu ada juga memberitahu dapat berjumpa Zila di dalam mimpi dan dia gembira.

Berbicara pula mengenai hasratnya untuk berumah tangga semula, Along berkata, soal jodoh baharunya diserahkan kepada ketentuan Allah kerana fokus utamanya kini memang kepada anak saja.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakgarang 20-4-2022 01:35 PM
tak sangka kan zila ni birah... sian anak jadi mangsa.. nasib along ni btggjwb..

tak sngka along ni setia.. dedulu ingt along ni yg gatal. rupanya sebaliknya
Quote umbut 20-4-2022 01:44 PM
Kalo zila x membirah. Mesti dah berderet anak2 ko.. Takda pasal cari pasal x sabar. Gaduh sikit cari skandell.. Last2 skandell pun lari
Quote SherryZass 20-4-2022 01:50 PM
kakakgarang replied at 20-4-2022 05:35 AM
tak sangka kan zila ni birah... sian anak jadi mangsa.. nasib along ni btggjwb..

tak sngka along ni ...

sebabkan aku ingat2 lupa zila tu siapa & keszah dorang ni, zass aku mengoogle.
ok TB jap
Quote Parit.Hilton 20-4-2022 01:55 PM
Bagus along ni. lama dah menduda takde pun cari ganti.
Quote kakakgarang 20-4-2022 02:05 PM
SherryZass replied at 20-4-2022 01:50 PM
sebabkan aku ingat2 lupa zila tu siapa & keszah dorang ni, zass aku mengoogle.
ok TB jap

hahahaha gigih kan buat research blik hahahaha...
geram dgn zila ni.. da la tak lawa, membirah, pastu jumpa anak jarang ye..

adeh.. tak puas enjoy ke gamoknya... pelik aku.. kalau kita da ada anak , nk membirah tu fikir bnyk kali.. sedehhh
Quote kucingitam 20-4-2022 02:06 PM
kakakgarang replied at 20-4-2022 01:35 PM
tak sangka kan zila ni birah... sian anak jadi mangsa.. nasib along ni btggjwb..

tak sngka along ni ...

betul...nampak cam budak baik, naif je...rupanya...
Quote kucingitam 20-4-2022 02:07 PM
Parit.Hilton replied at 20-4-2022 01:55 PM
Bagus along ni. lama dah menduda takde pun cari ganti.

lagi bagus takde pun sibuk cerita sepi time puasa, sahur, raya, tak lalu makan pajeri sbb teringat bini..ehh...
Quote kakakgarang 20-4-2022 02:08 PM
kucingitam replied at 20-4-2022 02:06 PM
betul...nampak cam budak baik, naif je...rupanya...

hahahah merenyammmm bulus ari ari gitewww... hahahaahaha
Quote prince_marhaen 20-4-2022 02:21 PM
laaaa...sundel tu tak kahwin ke dengan laki yg smule dengan dia atas katil tak pakai baju tu??? lahh bodoh ekkk...elok2 berlaki, ada anak...menyundal...pastu acah2 rebel la potong rambut lah, free hair lah, nak jadi pengkid lah... aneh2 ye.
Quote makton 20-4-2022 02:24 PM
klu tgk along ni dlm movie adnan sempit mmg nampak mat rempit sungguh.
jenis gatal. rupanya realiti jenis setia
Quote sukacactus 20-4-2022 02:30 PM
Paling kesian kat ank diorang la dpt mak xpuas menggatal
Quote babelina 20-4-2022 02:30 PM
aku pn terkejut tgk perangai zila tu..
moga along nantu jmp la pasangan yg baik sesuai utk dia..
Quote puanbintang 20-4-2022 02:32 PM
danial pun nampak macam anak yang bijak..semoga adalah nanti jodoh yang terbaik buat along
Quote SherryZass 20-4-2022 02:35 PM
kakakgarang replied at 20-4-2022 06:05 AM
hahahaha gigih kan buat research blik hahahaha...
geram dgn zila ni.. da la tak lawa, membirah, pa ...

of course chuolls, sebab tak syok la bergossip kalau tak kenal siapa OKG tu. haha.
ala, kesian kat anak kalau jarang nak jumpa Tapi baguslah along jaga bebaik anak tu.
Tulah, ku fikirkan yg si lelaki yg birah, rupa2nyahhhh si perempuan sibuk nak mencari skendellll. Yihhh sangat
Quote nakkomenjugak 20-4-2022 02:39 PM
hmmm dah hit the wall dah pun jilaaa
tengok apa dah jadik
bahana ngikut sangat kata pusseh
Quote mizruncing 20-4-2022 02:42 PM
giler laa 2 tahun x jumpa anak sendiri.. tak rindu ke . sudahnya dia ni x kawen pon kan dgn laki yg dia kne tgkp dulu
Quote norawestallen 20-4-2022 02:42 PM
babelina: aku pn terkejut tgk perangai zila tu.. moga along nantu jmp la pasangan yg baik sesuai utk dia..


Aku pun terkejut dan tak sangka sebab dulu aku minat zila ni. Rupanya birah jugak
Quote laksmanabentan 20-4-2022 02:47 PM
takde gambar terbaru zila tu ker????
dah kawin dengan jantan atau kawin dengan pengkid tu...
Quote orkidorkido 20-4-2022 02:49 PM
Zila zila .. tersilap langkah
Herannya, siap rakam smule dengan skandal separuh bogel tu. Dia takde nak sorok sorok pun. Dah kena, skandal pun lari, laki cerai, anak mertua ambik. Tak berbaloi hidup

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.157152 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top