Jutawan kosmetik, Dato Seri Vida meluahkan rasa berang terhadap netizen yang menggelar kenderaan digunakan dalam MV lagu terbarunya, Ku Ikhlaskan sebagai kereta mayat.
Menerusi hantaran di Instagram, Vida memuat naik fotonya bersama kenderaan berjenama mewah dari Amerika iaitu Bufori Geneva. Walau bagaimanapun, muncul komen seorang netizen menggelar kenderaan berjenama mewah itu sebagai kereta mayat. Dakwaan keterlaluan netizen berkenaan mengundang kemarahan jutawan kosmetik itu.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi, malah ada yang memuji penampilan DSV yang memakai gaun serba putih itu. Sekadar info, MV lagu ciptaan Amy Ukays dan Vida itu menjalani penggambaran selama lima hari sekitar Kuala Lumpur dan Genting Highlands serta menelan belanja sebanyak RM400,000. Sumber: Murai
|
SherryZass replied at 20-4-2022 05:17 AM
nasiblah aku belom terjebak, teringin nak tengok video dia ni
SherryZass replied at 20-4-2022 01:17 PM
nasiblah aku belom terjebak, teringin nak tengok video dia ni
anony-mous replied at 22-4-2022 01:25 AM
Sama lah. Apa bongok la pegi bg view dkt dia n alip sukri? Lagu janna gatal pon i xtgk. I tggu je ...
ADVERTISEMENT