Bukan sahaja wajah anaknya diejek seperti monyet, pelakon Indonesia Rizky Billar mendedahkan pernah membuat laporan polis terhadap netizen yang menulis komen keterlaluan, lapor Liputan6.
Menurut Rizky, komen melampau tersebut dilakukan sebuah akaun palsu yang mahu menghantar sihir kepada Lesti dengan anaknya Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang ketika itu masih dalam kandungan. Menganggap ia sebagai satu ugutan, Rizky segera membuat laporan polis. “Sebenarnya ketika Lesti hamil lagi ada sahaja yang buat komen buruk. Kami sempat buat laporan terhadap seorang individu kerana komen yang berbaur ugutan.
“Dia membuat satu posting menakutkan dengan memberitahu mahu menghantar santau kepada anak kami. “Individu tersebut sudah Berjaya ditangkap dan diperiksa polis. Namun ternyata telefon dia hilang dan ada pihak tidak bertanggungjawab mencuri telefonnya. “Menurut individu itu, ia bukan kali pertama... sejak telefonnya hilang, pencuri itu menggunakan namanya untuk menghina orang di laman sosial,” ujarnya. Pasangan ini berkahwin pada awal tahun 2021 dan dikurniakan cahaya mata lelaki Muhammad Leslar Al-Fatih Billar yang kini berusia 4 bulan. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT