Ramadan tahun ini pastinya berbeza buat pelawak Shuib apabila menjalaninya tanpa isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 38, memberitahu hal berkaitan makanan antara yang paling membuatkan dia sering terkenang akan arwah. “Kami selalu buat aktiviti bersama termasuk bab makan dan mencari restoran yang sedap. Sekarang ini susah untuk saya dapat satu tempat yang kena dengan citarasa kerana rasakan seperti tidak lengkap. “Ada satu hari saya terjumpa sebuah restoran yang memang menyajikan menu sedap tetapi ketika itu saya fikir alangkah indahnya jika arwah masih bersama.
“Pernah juga ibu mentua masakkan pajeri nenas baru-baru ini, saya tak boleh makan sebab teringatkan arwah. Itulah yang selalu dia masakkan untuk kami sekeluarga,” ujar Shuib kepada mStar.
|
awex^returns replied at 20-4-2022 02:05 PM
Sueb banyak duit gi lah repair kulit muka tu
baru saham naik
CR7 yang muka menggerutu gigi senget be ...
ADVERTISEMENT