CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Sarah Liyana Doa Anak Jadi Lelaki Berguna

20-4-2022 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1917| Komen: 7

Puteri Sarah Liyana menitip doa agar putera hatinya, Syaikhul Islam membesar menjadi anak lelaki yang berguna sempena ulang tahun kelahiran yang kelima.

Memuat naik perkongsian hantaran di akaun Instagram Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut berkongsi sekeping gambar bersama Syaikhul.


Foto: IG

“Anak soleh nanti jaga mama okey. Dua hari lagi hari ulang tahun kelahiran abang, abang sudah cecah usia yang ke lima tahun. Kita sambut di Madinah okey.

“Sudah besar nanti jangan lupa mama, bawa mama pergi melancong selalu,” tulisnya.




Menerusi pemerhatian Utusan Malaysia, majoriti melayangkan emoji hati sebagai simbolik sayang. Antara rakan selebriti turut membanjiri dengan emoji itu seperti Imra Ajmain, Elizad Sharifuddin, Adriana Adnan, dan ramai lagi.

“Sungguh setiap ujian yang berat, Allah turunkan buat hamba-hambaNya yang kuat dan hebat @puterisarahliyana,” komen ucapan pelakon baharu Abbas Mahmood.



Sebagai informasi, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

Sabtu lalu, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul menjadi perhatian media sosial bila mana dia mendedahkan anak kepada pelakon Kazar iaitu Ira Kazar masih lagi menganggu suaminya.




Dek sudah tidak tertanggung perasaan amarah, Puteri Sarah meluahkan apa yang terbuku di hati menerusi IG Story. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakgarang 20-4-2022 11:40 AM
semoga baik2 saja PS ke umrah nnti
Quote Parit.Hilton 20-4-2022 12:29 PM
ya Allah comelnya anak girl dia tu. yang boy copy paste apaknya.
Quote nakkomenjugak 20-4-2022 12:45 PM
moga2 termakbul doanyaaaa
break the generational curse
dari zaman atuk sampai zaman apak
menyimpannnn je kerja
Quote nononcrux 20-4-2022 01:56 PM
harap sgt dia ni kekal mcm ni, jgn la 1 masa kau berubah pulak.. pray for u
Quote puanbintang 20-4-2022 02:28 PM
eloknya anak2 PS ni...baka yang menjadi sungguh..semoga dipermudahkan urusan PS
Quote mizruncing 20-4-2022 03:02 PM
anak pompuan dia tu lawa sungguh
Quote Normabaru 20-4-2022 03:03 PM
Ko doa ke tgh raih simpati mcm si sera?

#sarahisthenewbellamembershipcode005

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.043873 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top