CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Johan As'ari Tak Sedih Stesen TV Kerap Tolak Nama, Sedar Diri Tak Layak

20-4-2022 11:41 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2533| Komen: 20|Original author: Tatod


Pelakon Johan As'ari mengakui sedih apabila namanya kerap ditolak oleh sebuah stesen televisyen untuk membintangi drama yang ditayangkan di saluran tv berkenaan.

Memetik laporan Mstar, aktor yang membina nama menerusi siri Juvana itu sama sekali tidak tahu apa yang menjadi punca stesen tv berbuat sedemikian.

Pemilik nama sebenar, Johan Ariff As'ari yang sudah lima tahun tidak muncul di kaca televisyen beranggapan stesen berkenaan tidak lagi memerlukan khidmatnya.



"Saya dapat tahu daripada pengurus bahawa nama saya selalu ditolak oleh stesen tv terbabit setiap kali nama dicadangkan oleh produksi.

"Saya tak sedih atau ambil hati sebab saya rasa sudah tak layak dan tak diperlukan lagi oleh stesen tv berkenaan. Saya sedar, saya bukannya siapa-siapa untuk stesen tv tersebut," katanya.

Johan kali terakhir menghiasi televisyen pada 2017 berganding dengan Nad Zainal menerusi Jurnal Suraya. 

Pelakon yang terkenal dengan karakter Botak itu turut mengakui dia sama sekali tidak menyangka stesen tv terbabit menolak namanya sedangkan sebelum ini dia pernah memberikan impas besar.


"Sepanjang lima tahun saya menyumbang pada stesen tv tersebut... macam pisang goreng panas. Saya terpaksa tinggalkan keluarga. Banyak masa dihabiskan di stesen tersebut.

"Tetapi, saya dapat perkhabaran bahawa stesen itu menolak saya buta-buta. Bagi saya, masa saya sudah tamat," katanya. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 20-4-2022 11:50 AM
nyahhhhh...bukan ke kau ni sejenis sekejap passion art, sekejap delusi, sekejap nak tumpu ibadah, sekejap nak baca Quran nak tinggal dunia lagha, pastu sekejap kata tak diterima, takde job.... kau halusinasi ke nyahhh? pose pun dah macam Qeram Denzly dah aku tengok...
Quote silampumeja 20-4-2022 12:08 PM
prince_marhaen replied at 20-4-2022 03:50 AM
nyahhhhh...bukan ke kau ni sejenis sekejap passion art, sekejap delusi, sekejap nak tumpu ibadah, se ...

Kan... Dia yg macam2... I syak satu je dia ni... Dulu masuk tahfiz/pondok sbb mak ayah tak larat dgn perangai dia... Huhuhu.. banyak buat hal...

Apa kisah dia dgn awek doktor phd yg dia duk ajar ngaji tu , hadiahkan alquran bagai dulu tu..
Quote prince_marhaen 20-4-2022 12:16 PM
silampumeja replied at 20-4-2022 12:08 PM
Kan... Dia yg macam2... I syak satu je dia ni... Dulu masuk tahfiz/pondok sbb mak ayah tak larat d ...

tu lah....dengan berangannya macam dia terlalu helok, hot stuff...semua nak try dia katanya, pompuan melekat sebab tahu dia anak datuk je, tapi tetap sendu dengan job, lama-lama bosan jugak...mesti ada masalah attitude ni buat orang malas nak amik.... pelakon yang wajah biasa-biasa lain tu lebat je job tak putus. kau je yang asyik merentan...
Quote Nenasketum 20-4-2022 12:41 PM
Dia ni layak bawak watak gardener jerk
Quote nakkomenjugak 20-4-2022 12:42 PM
bipolar keee apa kelindan ni?
hadap jugakkkkk donya yang laghoooo neh
Quote exclusive_vvip 20-4-2022 01:06 PM
bagus la..mmg x suka tgk muka dia kat tv..sejenis poyo..dah lah pertikaikan mufti masa ramadan tahun bilatah..yg dia gi india utk tabligh ke apa tu..dia dok selfie2 masa dlm masjid..pastu mufti johor masatu ada tegur psl org dok berselfie dlm masjid ke masa terawih tah..melenting mamat poyo ni..sentap sendiri
Quote exclusive_vvip 20-4-2022 01:08 PM
silampumeja replied at 20-4-2022 12:08 PM
Kan... Dia yg macam2... I syak satu je dia ni... Dulu masuk tahfiz/pondok sbb mak ayah tak larat d ...

I pun saspek parents dia antar sebab nakal..
Quote AshkieLa 20-4-2022 04:12 PM
baguslah, semak. dah la tak pandai berlakon..
watak taraf botak je boleh lah...
yang ingat pasal dia ni...
acah2 mcm dah hafal 30 juzuk al quran lagaknya..
padahal baru nak belajar2.. poyo amat. pastu bajet hensem...
Quote gekkou 20-4-2022 06:34 PM
dulu masa juvana
nama dia naik juga kan
lepas tu macam sendurina dan tenggelam
heshe ada masalah attitude kah?

motip picture kat atas tu
pakai kopiah, rambut kau putih
dah beruban mcm laki mira basic kah?
or kau bleach rambut guna produk halalan toyyiban?

yusofff taiyooobbb
Quote kiah_mai_pulak 20-4-2022 06:39 PM
silampumeja replied at 20-4-2022 12:08 PM
Kan... Dia yg macam2... I syak satu je dia ni... Dulu masuk tahfiz/pondok sbb mak ayah tak larat d ...

dh dia pilih lana hidong tu sbg bini dia tu pun mmg dh sesuatu sgtt uuuu
Quote TabletSusu 20-4-2022 08:42 PM
aku suka jgk tgk dia berlakon.. boleh jg jahat, boleh jadi baik. cuma mmg nasib dia dah x gah mcm dulu. salahkan diri sendiri je lah ye
Quote cashewnut 20-4-2022 09:43 PM
X cukup hansem le nak buat tv berseri
Quote Zack8hunter 20-4-2022 10:09 PM
keluar video "blakang skit" satu, naik lah blk nama tu nanti
Quote holothurian 20-4-2022 10:26 PM
aku xboleh tengok dia nie berlakon.. bawak la watak apa pun, muka semedang kena buasir cirit.. meneran je kejenya.. bagusla stesen tv x mo amik ko..
Quote rosmahisham 21-4-2022 03:34 AM
Tu la muka x de commercial value mana blh jd hero..jd bdk nakal bolehla ..muka jawa kuat sangat..ckp pon seketul2 pekat jawa dak ni.dia mmg perasan hensem..asyik acah2 bercinta sesama retis pas tu dia tinggalkn.
Quote hopesmith7779 21-4-2022 03:43 AM
I really love him
Quote imanjannah 21-4-2022 05:46 AM
teringat dia ngan acik lana idung
Quote Perawankota 21-4-2022 06:56 AM
Tlonglah.. Tak tau lah mcmana org leh ckp dia berlakon bagus.. Over maybe especially tang face expression..
Quote Mary_jane 21-4-2022 11:37 PM
Tak pernahnya rasa nak tengok pun bila dia berlakon. Tak sedar ke diri tu kayu? Turn off betul.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.103269 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top