CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Achey Syukur Dapat Sumbang Tilam, Sejadah Dan Telekung

20-4-2022 09:36 AM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1219| Komen: 2|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Achey


Baru-baru ini, Pelawak Achey telah memberi sumbangan kepada hampir 600 buah rumah yang terkesan akibat banjir di Terengganu. 

Misi itu turut disertai syarikat pengendali umrah iaitu RS Megatravel Sdn Bhd.

Oleh kerana tidak sanggup melihat penduduk di Kampung Bukit Mentok, Kemaman menyambut bulan mulia ini dalam suasana serba kekurangan, pelawak dan syarikat umrah itu  tampil bekerjasama untuk menyumbangkan barangan keperluan rumah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk di kampung berkenaan.



Menurut Achey, walaupun banjir di kawasan itu sudah surut, namun masih ramai penduduk memerlukan bantuan kerana kawasan tersebut masih dalam proses pembersihan dan pemulihan. 

Menerusi misi ini, Achey dan syarikat umrah itu telah berjaya mengumpulkan 600 buah tilam, 300 sejadah, 300 pasang telekung dan barang keperluan yang lain. 

Sumber: Instagram Achey

Misi ini telah disambut baik Pengarah RS Megatravel Sdn Bhd iaitu Syamshul Aswad Jaafaar Siddik. Beliau mendedahkan jumlah bantuan yang diberikan bernilai lebih daripada RM50,000. 

Mereka juga bersyukur hasil bantuan ini dapat membantu hampir 600 buah rumah yang terjejas. 

Dalam masa sama, syarikat umrah ini juga sangat gembira apabila Achey iaitu rakan niaga mereka sama-sama dapat turun padang untuk membantu masyarakat di kawasan itu. 

Moga dipermudahkan urusan Achey dan Syarikat RS Megatravel Sdn. Bhd. untuk membantu orang yang memerlukan dan semoga dimurahkan lagi rezeki mereka sudi membantu orang yang dalam kesusahan.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mulotkoyak 20-4-2022 10:42 AM
Iols rase bantuan kewangan lebih memadai sbb mangsa tahu nak beli ape dlu. Entah laaa. Nnt kalo ckp kne pangkah plak kate ikut suke org la nk bg ape. Hurmmm...
Quote ajinomotonosuga 22-4-2022 12:20 AM
Fucking ugly botak..get Lost yo

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.150395 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top