CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kesian Dapat Lelaki Macam Ni" - Netizen Berang Lelaki Siku Muka Wanita Atas Motor

18-4-2022 05:39 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 4093| Komen: 28|Original author: Cinta Erina

Sumber: Twitter Travel Jimat


Seperti yang kita sedia maklum, isu keganasan rumah tangga bukanlah satu perkara baru dan hampir setiap hari kita akan mendengar mengenai kisah ini di media sosial.

Tahun lepas, kita semua dikejutkan dengan kes seorang wanita dikenali sebagai Jahidah yang hamil dan dipukul suaminya sehingga menyebabkan dia koma dan lumpuh kekal.


Semalam viral video yang dimuant naik akaun Travel Jimat di Twitter menunjukkan kelihatan seorang lelaki menyiku seorang wanita sebanyak dua kali ketika mereka menaiki motosikal.

Wanita dipercayai isteri kepada lelaki itu membonceng motosikal tersebut bersama seorang kanak-kanak yang dipercayai anak mereka. Kelihatan wanita itu telah disiku di bahagia mukanya. 

Walau bagaimana pun, penulis tidak pasti di manakah video tersebut dirakam. Namun, video ini telah membuatkan ramai netizen berang dengan tindakan lelaki tersebut dan mahu melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa.

Oleh itu, kebanyakan netizen mengambil peluang untuk menasihati wanita di luar sana agar memilih pasangan hidup dengan baik dan sekiranya terlibat dalam keganasan rumah tangga, seeloknya tamatkan terus hubungan yang toksik itu. - CARI

Sumber: Twitter Travel Jimat


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote evlinne 18-4-2022 07:35 PM
Laju ek siku dia hinggap muka bininya
Atas moto pun bleh gaduh
Quote felinecat 18-4-2022 08:48 PM
Celakanya laki mcm ni
Quote faraway1 18-4-2022 08:49 PM
mesti kat rumah selalu kena pukul...
Quote Beribear 18-4-2022 09:30 PM
Bahaya kot, ada budak kecik lagi. Bulan2 puasa buat mcm tu. Aku harap bini dia doa lah balasan buat laki dia. Mesti makbul terus baru tahu rasa laki tak guna mcm tu
Quote MissVixen 18-4-2022 10:49 PM
Depan orang ramai pun berani buat macam ni, di rumah entah macam mana anak bini dia kena dera fizikal dan mental. Malang jadi perempuan.
Quote kaoru44 19-4-2022 05:33 AM
Sempat lagi ats motor pun...[em:6:]
Quote jazaa100 19-4-2022 11:20 AM
Beribear replied at 18-4-2022 09:30 PM
Bahaya kot, ada budak kecik lagi. Bulan2 puasa buat mcm tu. Aku harap bini dia doa lah balasan buat  ...


Ustaz kata tak cium bau syurga......
Kena redha....besar ganjarannya.....
Mgkin pasni Allah kurniakn sorang lg cahayamata berkat kesabarannya......
Quote jazaa100 19-4-2022 11:25 AM
evlinne replied at 18-4-2022 07:35 PM
Laju ek siku dia hinggap muka bininya
Atas moto pun bleh gaduh

Bini mcm ni dah blh agak pencak silat laki dia mcmana.....
Aku pernah jumpa couple ni laki jln depan, bini kat belakng dia....tetiba dia pusing bg penampor kat bini, tapi bini sempat ngelak.....terkejut kitorang....bkn bising² gaduh pun, tak ckp apa², tetiba pusing & terus bg penampor......
Quote matjerk 19-4-2022 01:03 PM
Atau dikurniakan payung emas.. who knows
Quote Kurex 19-4-2022 05:21 PM
Asal berlaki.....
Quote anony-mous 19-4-2022 07:58 PM
jazaa100 replied at 19-4-2022 11:20 AM
Ustaz kata tak cium bau syurga......
Kena redha....besar ganjarannya.....
Mgkin pasni Allah kurnia ...

Klau dpt laki mcm ni, dosa x klau tengking @ pukul @ racun laki tu? Same goes ank2 yg dpt mak ayah jahat. Lg x adil hidup sbb kita xboleh pilih mak ayah tp prempuan sblm kahwin dpt lg peluang pilih laki
Quote jazaa100 19-4-2022 10:50 PM
anony-mous replied at 19-4-2022 07:58 PM
Klau dpt laki mcm ni, dosa x klau tengking @ pukul @ racun laki tu? Same goes ank2 yg dpt mak ayah ...

Berdosa.....

Tgi kan sore kat laki pun berdosa....nk racun pulak?....lg le multiple dosa....
Quote anony-mous 19-4-2022 10:59 PM
jazaa100 replied at 19-4-2022 10:50 PM
Berdosa.....

Tgi kan sore kat laki pun berdosa....nk racun pulak?....lg le multiple dosa....

Tp klau laki tu x taat Allah, berdosa ke isteri lawan? Mcm Asiah tu taat je dgn firaun. Kesiannya kalau dpt ujian mak ayah mcm taik, dpt laki pulak mcm anjing
Quote nakkomenjugak 19-4-2022 11:26 PM
So cerita dia...
sampai sekarang iol tak faham

lelaki baik untuk perempuan baik
lelaki jahat untuk perempuan jahat

mana datang quote ni sebenarnya?
Quote Perawankota 19-4-2022 11:49 PM
Aku pernah baca. Sesetengah perempuan stay sbb sex.. Sesetengah LG sbb x nk malu klu jadi janda plus x tau nak hidup sendiri..
Quote jazaa100 20-4-2022 01:09 AM
anony-mous replied at 19-4-2022 10:59 PM
Tp klau laki tu x taat Allah, berdosa ke isteri lawan? Mcm Asiah tu taat je dgn firaun. Kesiannya  ...

Laki x taat Allah tu urusan dia dgn Allah
Isteri kena taat suami kecuali klu dia suruh buat yg bertentangan dgn agama....contoh dia suruh jgn pakai tudung ke..



#donesetazahjadian
Quote Gokuuu 20-4-2022 02:09 AM
Kdg kaum wanita ni terpaksa telan kepahitan2 mcm ni sebab fikirkan anak2 yg masih kecil..konon takut takde tmpt bergantunf sbg ayah..takut anak2 jd liar kalau mak pak cerai..mcm2 dlm fikiran kaum wanita..jgn pk sebab sex semata2..itu akal kaum lelaki ada lah 9 nafsu 1 akal
Quote LostStar 20-4-2022 02:19 AM
Tak hormat perempuan.. agaknya bapak dia pon mcmni gak kot.. tu pasal dia buat kat bini dia plak.. dah biasa tengok mak dia kena tangan.. ni la org kata tak kemana tumpahnya kuah ke nasi..
Quote annehuda 20-4-2022 02:36 AM
Menjawab pertanyaan kenapa perempuan nak stay dgn laki mcm ni,sbb perempuan melayu islam ni mmg diajar utk redha je dgn laki walaupun laki tu jahat mcm firaun. Padahal firaun tu pun sbnrnye sayang bini. Perempuan jah disuruh sabar ngan laki,berdoa semoga laki tu berubah,hakikatnya laki tu kalau sebelum kawen dah mcm tu CONFIRM lepas kawen takdenye dia nak berubah.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:12 AM GMT+8 , Processed in 0.058311 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top