Impian penyanyi Ashira Aziz untuk mewakili negara ke pertandingan World Championship Of performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS) pada Julai depan nampaknya lebur apabila gagal menyediakan dana untuk ke sana.
Difahamkan, Ashira perlu menyediakan dana sekurang-kurangnya RM30,000 untuk ke AS. Meskipun terpaksa melepaskan impian tersebut, namun Ashira tetap berfikiran positif dan sedikit pun tidak sedih dengan apa yang berlaku. Kata Ashira, dia percaya pada konsep rezeki dan tidak akan terus berputus asa untuk mencipta kejayaan dalam bidang seni suara. Ramai juga peminatnya mendoakan semoga penyanyi itu terus dimurahkan rezeki dalam bidang seni dan tidak berputus asa untuk terus menyanyi. “Insya-Allah ada rezeki lain,” kata seorang peminatnya. “Rezeki Allah itu luas. Apa yang penting teruskan berusaha,” kata seorang lagi pengikutnya. “Jangan berputus asa. Insya-Allah ada yang lebih baik menanti,” doa seorang netizen. -CARI Sumber: Kosmo
|
jfq replied at 18-4-2022 04:12 PM
Mewakili negara tp kena bayar sendiri ke
prince_marhaen replied at 18-4-2022 04:11 PM
Laki dok kena potong kaki sikit sikit sikit, sibuk lahai nak pergi masuk pertandingan nunnn....bukan ...
Meiizu replied at 18-4-2022 05:56 PM
US performing art tu mcm trend beli award kat msia jugak ke u olllsss?
sleepandream replied at 18-4-2022 05:50 PM
laki sheols pun byk jeh kan aset rumah bagai...
anak bujang sheols pun keje chef dkt hotel tak silap ...
timah03: Dah ada laki... Camne nak kejar2 job...Siapa nak jaga laki oku tu... Kalau belum kahwin hari tu... Boleh la kaut sebab orang kesian dgn dia masa citer ...
gigahertz replied at 19-4-2022 02:16 AM
dia kahwin nikah 14 mac 2021
bad masalah diabetis 23 mac 2021
masa kahwin pun bad dah umur 46
ADVERTISEMENT