Semakin hangat nampaknya kemelut melanda hubungan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana serta individu didakwa menjadi pengganggu rumah tangga mereka, Ira Kaza.
Belum reda hangat luahan hati Sarah yang kesal tidak henti diganggu Ira, bekas sahabatnya sendiri tampil membuka mulut membongkarkan kebenaran sikap sebenar Ira yang pernah brkawan dengannya sejak sekolah sehingga berusia 19 tahun. "Takkan lah tiba-tiba Syamsul terhegeh-hegeh kat kau. Siapa kau? Benda takkan jadi kalau kau tak tawar sesuatu. Kau psiko mamat tu, kau acah orang kejar kau pula," ujar Mira Bakri. Tegasnya, bukan tidak pernah melarang, malah sudah banyak kali ditegur supaya mengubah perangai suka mengejar lelaki milik orang lain. Dalam masa sama, Mira turut simpati atas nasib Sarah yang dihujani kecaman tidak reti menjaga suami dan sebagainya. Pelik katanya apabila pasangan yang dihamburkan amarah berbanding perebut suami orang itu sendiri. Justeru, dia mendedahkan baik Syamsul mahupun Sarah, kedua-duanya menerima ugutan daripada Ira. Katanya, Ira mengganggu Sarah dengan menghubunginya berpuluh kali jam 2 hingga 5 pagi. Gila! Mira juga menjelaskan bahawa dia tidak mereka cerita mengenai Ira. "Kalau kau seksi tapi perangai macam sund*l, kau ingat orang nak buat jadi bini ke? "Kau dah perangkap dia, lagi mahu sembang kuat. "Sebab tu aku cakap kerja! Kerja! Sebab bila kerja, kau tak sibuk nak itu ini. Ada duit sendiri," ujarnya. Bagaimanapun, Mira mengingatkan orang ramai supaya tidak menyentuh nama keluarga Ira kerana mereka tiada kena-mengena. Mira juga mendakwa Ira sebenarnya berkawan Kecik yang pernah menjadi skandal Shuk Sahar. "Elok depa berdua kawan, dia-dua psiko," katanya. "Memandangkan Sarah tak nak cerita detail tentang perempuan tu, biar aku cerita sebab aku kesian," katanya. Ira tak nak cakap apa-apa ke untuk menyangkal dakwaan bekas sahabat dia ni? - CARI
|
kawahapi replied at 18-4-2022 03:05 PM
Bekas kawannya pon ayat rempit sungguh. Pening baca.
nakkomenjugak replied at 18-4-2022 04:27 PM
Haihh sol!
ko lupa keee camne tok selam main2 cinta dengan NA?
camne perasaan nya omak ko??
NazRysha replied at 18-4-2022 04:42 PM
NA siapa?
NazRysha replied at 18-4-2022 04:42 PM
NA siapa?
ADVERTISEMENT