Seharian bekerja dan penat menjalani penggambaran bukanlah alasan untuk pelakon Sweet Qismina berpuasa separuh hari.
Bagi memastikan dirinya kekal bertenaga, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi memberitahu dia mengambil pemakanan yang betul pada waktu sahur dan ketika berbuka puasa. Kata Sweet, 24, pemakanan sihat penting bagi memastikan dirinya kekal aktif meskipun jadual padat dengan aktiviti seni. "Jika tidak mengambil cara pemakanan yang betul untuk berbuka dan sahur, mungkin ia menjadi sukar dan penat sebab kerja kami yang agak sibuk.
"Walaupun berpuasa, kebanyakkan masa kerja kami dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah malam. Mama saya ajar saya dari kecil untuk tidak berbuka walaupun penat berlakon. "Sebab dia kata itu semua alasan dan lama-lama nanti akan terbiasa berbuka sebab penat dan saya setuju dengannya," katanya menerusi Instastory.
|
ADVERTISEMENT