CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bagi Tempoh Sehingga Habis Ramadan - Peniaga Rayu Tangguh Roboh Gerai

15-4-2022 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1187| Komen: 16

Seramai 40 peniaga tepi jalan di Kampung Bahagia di sini merayu Pejabat Tanah dan Daerah Hilir Perak menangguhkan dahulu arahan supaya peniaga mengosongkan kedai perniagaan yang mereka bina di tanah itu.


Seorang peniaga, Ramah Ramat, 59, berkata, peniaga di situ telah menerima notis supaya mengosongkan kawasan perniagaan itu baru-baru ini untuk kerja-kerja merobohkan gerai di situ.

Menurutnya, mereka merayu supaya diberikan tempoh sekurang-kurang sehingga habis Ramadan bagi membolehkan terus berniaga.


Peniaga yang merayu supaya operasi merobohkan gerai mereka ditangguhkan di Kampung Bahagia di Teluk Intan baru-baru ini. – UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN


“Kami peniaga di sini memohon Pegawai Daerah Hilir Perak menangguhkan kerja meroboh kedai kami kerana kami mahu berniaga pada bulan Ramadan.

“Kami amat berharap supaya pihak berkenaan memberi tempoh untuk kami berpindah selepas Hari Raya kerana ketika ini kami berniaga menjual juadah berbuka puasa.

“Lagipun saya sudah 26 tahun berniaga, tidak ada apa-apa masalah pun. Saya telah berbelanja besar untuk menjalankan perniagaan di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Peniaga juga mengadakan perhimpunan aman mendesak agar Pejabat Daerah Hilir Perak menangguhkan arahan mengosongkan kedai perniagaan di situ.

Sementara itu, Pegawai Daerah Hilir Perak, Saidi Shaari berkata, pihaknya mengeluarkan notis supaya peniaga di situ mengosongkan tapak itu kerana ia dibina di atas tanah kerajaan.

Selain itu, pihaknya mendapati berlaku jual beli tapak perniagaan di situ sedangkan ia adalah tanah kerajaan.

Jelasnya, selain itu tapak perniagaan di situ tidak sesuai kerana ia menyebabkan kesesakan trafik.

“Kami menerima laporan ada golongan yang menjual tapak niaga kepada orang lain, mereka untung atas angin sedangkan ini tanah kerajaan.

“Namun atas rayuan peniaga, kami sedia mempertimbangkan kerja meroboh gerai akan dilakukan selepas Hari Raya kerana mereka menjalankan perniagaan semasa Ramadan,” katanya.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote renko 15-4-2022 03:19 PM
pas raya mtk tangguh lagi sampai raya haji
pas raya haji tangguh lagi sampai puasa tahun depan
Quote Firenzza 15-4-2022 03:24 PM
Rohingya bangla bukak kedai haram tersenyum sinis
Quote stingerkaypoh 15-4-2022 03:37 PM
Dah la tanah gomen dok berjual beli sewa kat org lain bagai…
Quote Skuau 15-4-2022 04:14 PM
Firenzza replied at 15-4-2022 03:24 PM
Rohingya bangla bukak kedai haram tersenyum sinis

aku..tersenyum sinis... nengok majlis pi beli/tapau..kt gerai haram indon.
Quote Skuau 15-4-2022 04:15 PM
renko replied at 15-4-2022 03:19 PM
pas raya mtk tangguh lagi sampai raya haji
pas raya haji tangguh lagi sampai puasa tahun depan

yg penting gerai gue udahnya jgn diganggu-piska
Quote sharlenetexas 15-4-2022 04:16 PM
Skuau replied at 15-4-2022 04:15 PM
yg penting gerai gue udahnya jgn diganggu-piska

Apa dah jadi dengan gerai2 kat sg buloh?

Quote renko 15-4-2022 04:20 PM
Skuau replied at 15-4-2022 04:15 PM
yg penting gerai gue udahnya jgn diganggu-piska

laki gue jusa c

Quote Samerosie 15-4-2022 04:26 PM
“Lagipun saya sudah 26 tahun berniaga, tidak ada apa-apa masalah pun. Saya telah berbelanja besar untuk menjalankan perniagaan di sini,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Hamboi dah 26 tahun free rezeki atas tanah orang, ada hati nak ungkit konon dah berbelanja besar nak meniaga kat situ.

Stejah assma tak nak komen ke bab2 macam ni?  Ke nak tunggu acik2 gundu and pocit2 botak pakai baju seksi baru nk komen?


Quote Meiizu 15-4-2022 04:44 PM
Samanlah jugak org yg untung atas angin jual tapak tu...jgn sudah org dlm jugekk yg berbisnes tapak
Quote Babai 15-4-2022 04:46 PM
renko replied at 15-4-2022 03:19 PM
pas raya mtk tangguh lagi sampai raya haji
pas raya haji tangguh lagi sampai puasa tahun depan

Betul. Roboh je
Quote renko 15-4-2022 04:47 PM
Samerosie replied at 15-4-2022 04:26 PM
Hamboi dah 26 tahun free rezeki atas tanah orang, ada hati nak ungkit konon dah berbelanja besar nak ...

dia kenal bieber je
Quote renko 15-4-2022 04:47 PM

nanti bertangguh xsudah2
lagi susah nak ambik tindakan
Quote MissVixen 15-4-2022 05:29 PM
Tanah tu bukan hak diorang, sesuka hati je pacak kedai. Sama macam kes seafields. Jangan hipokrit nak sokong acik2 niaga atas tanah milik orang lain ni.
Quote angelofish 15-4-2022 05:40 PM
bila bangla indo pakistan berniaga.diaorang pejam mata.lepas tu kata melayu pemalas.tak nak berniaga tau keje kilang je.
Quote ninja9 15-4-2022 06:05 PM
tangguhlah. .. tarikh mereka bersetuju untuk berhenti datang dari mulut mereka sendiri. mereka dah tak boleh lari dah pas ni dan kira bagi mereka bersedia dan masa untuk pindah dan buka bisnes ditempat lain..
Quote kakikuDibibirmu 15-4-2022 08:05 PM
renko replied at 15-4-2022 04:20 PM
laki gue jusa c

Friska madu jusa c minus tersenyum sinis

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 05:47 AM GMT+8 , Processed in 0.425793 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top