Demi ibu tercinta, pelawak Achey sanggup membatalkan tawaran kerja yang mana boleh menerima bayaran lumayan. Kata Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, keadaan kesihatan ibu yang merosot dan menerima rawatan di Hospital Segamat membuatkan dia sentiasa bersedia jika berlaku kecemasan.
“Saya berterima kasih kepada isteri kerana dia yang bertegas supaya saya batalkan tawaran kerja kerana memikirkan keadaan ibu ketika dimasukkan ke hospital dua minggu lalu. “Syukur juga dia telah menyusun jadual saya dengan baik agar boleh saya melawat ibu jika tidak terlibat dengan mana-mana program atau penggambaran.
“Kalau ikutkan bayaran yang diterima memang berbaloi, tetapi saya fikir rezeki ada di mana-mana,” katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT