CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ebit Lew Dan Baim Wong Rancang Misi Kemanusiaan Ke Afrika Bersama

14-4-2022 05:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2403| Komen: 36

Pendakwah selebriti terkenal, Ustaz Ebit Lew yang kini sedang menjalankan misi dakwah dan kemanusiaan di Indonesia berkesempatan bertemu dengan pelakon dan juga YouTuber terkenal, Baim Wong.


Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Facebook miliknya, Ebit melahirkan rasa gembira apabila dapat bertemu dengan Baim yang disifatkan seorang dermawan Indonesia.


“Syukur sangat bertemu dengan Baim Wong, seorang dermawan di Indonesia yang suka memberi dan bersedekah. Baik orangnya.

“Cita-cita dan sudah menjadi sifatnya mahu melihat orang lain gembira, bangunkan rumah makan (restoran) percuma. Beri rumah, kereta dan hadiah buat ramai orang,” ujarnya.


Kata Ebit lagi, dia begitu mengagumi dan terkesan dengan kemuliaan hati Baim yang dermawan, malah mengakui menjadikan selebriti itu sebagai individu terawal untuk dijadikan contoh dalam memberi sedekah kepada masyarakat.

Menerusi hantaran sama juga, Ebit memaklumkan bahawa pelakon yang turut mencipta nama di Malaysia menerusi drama berjudul Bukan Cinta Aku itu turut menyatakan minat untuk sama-sama menjalankan misi kemanusia bukan sahaja di Indonesia, bahkan ke seluruh dunia.



“Syukur katanya juga ingin bersama-sama misi di Indonesia dann seluruh dunia. Kami ada bercadang untuk sama-sama menjayakan misi ke Afrika.

“Tadi kami sama-sama menangis melihat anak-anak kelaparan dalam kesusahan. Sama rasa jiwa. Bila kita membantu orang di jalanan, kasihan melihat mereka tiada tempat tinggal.

Bagaimana kita balik tidur lena sedangkan ada orang dalam kesedihan dan kesusahan. Semoga Allah SWT memudahkan segala urusan Baim Wong,” tulis Ebit. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 14-4-2022 05:27 PM
cuci cuci cuci cuci...... harap ada org buat lagu tajuk dia CUCI
Quote Skuau 14-4-2022 05:38 PM
cam la Msia & indonesia tu....'dah kehabisan orng miskin'...walaugimana pong...itu 'duit hang..hak hang' nak bg kat Nixau...
Quote buapakperut 14-4-2022 06:10 PM
Indon dah semikin nau goreng kopok pun guna pasir.
Quote midori_katana 14-4-2022 06:22 PM
Wah, menangis sama-sama!
Quote tikusmontok 14-4-2022 06:32 PM
Menangis sama tu yg tak tahan

Elpiraloy tersenyum sinis
Quote mrseller 14-4-2022 10:37 PM
brani tunjuk la kat sana, semua 7 -8 inci punyaaaa
Quote Babai 14-4-2022 10:38 PM
mrseller replied at 14-4-2022 10:37 PM
brani tunjuk la kat sana, semua 7 -8 inci punyaaaa

Hahahahaha.

Kes dia apa macam?
Quote namieamuro 14-4-2022 10:40 PM
ikan....ikan.
Quote missyL 14-4-2022 10:40 PM
Tebal nye muka die nie

Yela btol kate yg lain. Indonesia n Malaysia pn ramai lg org ssh
Nun kat pendalaman sane  org asli sane. Tp tula x viral
Klo viral laju dtg dukung
Quote mrseller 14-4-2022 10:48 PM
Babai replied at 14-4-2022 10:38 PM
Hahahahaha.

Kes dia apa macam?

bagi pak polisi msia dan pak hakim msia tentukan.... almaklumlah T20,elitist,royalist skrip dia lain mat
Quote kakikuDibibirmu 14-4-2022 11:29 PM
zamina-mina eh, eh
waqaf-waqaf che yeh

[youtube]W_nzhZsToYM[/youtube]

We are all Africa
Quote dani-rox 15-4-2022 04:04 AM
baim ni kan pernah viral sbb marah org tua yg kunun mengekor dia kat jalan raya thn lepas. berhati mulia kepala hangguk korang berdua lah
Quote kakikuDibibirmu 15-4-2022 05:30 AM
Kan dah kena kepala hangguk!
Quote Mary_jane 15-4-2022 06:19 AM
“ Tadi kami sama-sama menangis…”

Posting tak sah kan kalau tak menangis. Syukur jumpa funder baru. Arwah opah kata washy washy
Quote namr 15-4-2022 06:39 AM
Adakah nnt ada upacara menumbuk sambal secara duet?
Quote Tinot7 15-4-2022 06:43 AM
kakikuDibibirmu replied at 14-4-2022 11:29 PM
zamina-mina eh, eh
waqaf-waqaf che yeh


Apa citer cikgu shida ni? Wujud lagi ka?
Quote elzy 15-4-2022 08:54 AM
missyL replied at 14-4-2022 10:40 PM
Tebal nye muka die nie

Yela btol kate yg lain. Indonesia n Malaysia pn ramai lg org ssh

Hahahaha setuju sangat.. Berlumba-lumba datang dukung..
Quote Pak.dolla 15-4-2022 08:58 AM
buapakperut replied at 14-4-2022 10:10 AM
Indon dah semikin nau goreng kopok pun guna pasir.

Skrg ni indon mmg tgh mengalami krisis minyak goreng..depa kena q panjang nk dpt kan minyak goreng..
Quote Pak.dolla 15-4-2022 09:01 AM
dani-rox replied at 14-4-2022 08:04 PM
baim ni kan pernah viral sbb marah org tua yg kunun mengekor dia kat jalan raya thn lepas. berhati m ...

Itulah psl..aku pernah tgk 1 video bw tp dah lama punya video..ms tu dia nak menumbuk sorang wartawan..ada berberapa org leraikan dia..siap ckp udah..udah..inikan lagi puasa..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.057409 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top