CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kami Nak Dengar Lagi" - Netizen Teruja Anak Black Ada Bakat Main Piano

14-4-2022 05:24 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2329| Komen: 13|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Black


Siapa tidak kenal dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Teman Pengganti iaitu Black Hanifah, antara penyanyi bersuara tinggi dan sangat berbakat dalam dunia nyanyian. 

Black sangat aktif di akaun media sosialnya, selain memuat naik perkembangan terkini mengenai kariernya, Black juga selalu memuat naik gambar dan video ahli keluarganya. 


Baru-baru ini, Black memuat naik satu video baru di akaun Instagram miliknya. Menerusi video itu, kelihatan anak sulung penyanyi ini iaitu Khaleed Dayyan sedang asyik bermain piano yang dirakam secara sembunyi oleh Black.

Sumber: Instagram Black

Sebelum ini, peminat pernah menyaksikan bakat Dayyan menyanyi dan bermain sukan. Namun, kali ini Dayyan bermain alat muzik pula. Hebat sungguh, di usia yang sangat muda Dayyan sudah mempunyai kebolehan dari pelbagai aspek betul-betul mewarisi bakat bapanya.

Apabila Black memanggil anaknya itu, terus tersenyum Dayyan sambil membuat jari signal peace kepada bapanya. 

Sumber: Instagram Black

Seronok betul apabila dari kecil lagi kita sudah didedahkan dengan pelbagai perkara. Apabila melihat Dayyan, tidak mustahil untuknya boleh menjadi pengganti Black apabila besar nanti. Setuju tak? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stania83 14-4-2022 07:16 PM
dayyan ni bakal jadi hearthrob walaupun hyperaktif tapi nampak macam all rounder
Quote asamfish 14-4-2022 07:36 PM
Minta mahap cakap, lagu tu bukan bdk tu yang main.  Itu lagu2 yang mmg dah ada dlm Clavinova tu.  Tu dia acah2 jah tu.  Sapa2 yang ada Clavinova Yamaha, mmg akan ada lagu ni.
Quote darkness 14-4-2022 07:45 PM
asamfish replied at 14-4-2022 07:36 PM
Minta mahap cakap, lagu tu bukan bdk tu yang main.  Itu lagu2 yang mmg dah ada dlm Clavinova tu.  Tu ...

Aku pun perasan. Klo betul, tunjukla tangan dia tgh main
Quote asamfish 14-4-2022 07:51 PM
darkness replied at 14-4-2022 07:45 PM
Aku pun perasan. Klo betul, tunjukla tangan dia tgh main

Bertahun2 aku guna lagu ni utk tido kan anak2 aku.  Nkau on kan aje Clavinova tu, nko pilih lah nak lagu apa.  And kalau nko tgk video tu betul2, part last tu, masa anak dia dah angkat tangan, piano tu start bunyi.....haaaaaa.....

Quote darkness 14-4-2022 07:58 PM
asamfish replied at 14-4-2022 07:51 PM
Bertahun2 aku guna lagu ni utk tido kan anak2 aku.  Nkau on kan aje Clavinova tu, nko pilih l ...

Hahaha tapi apaknya redhoo je anak dipuji konon pandai main memalukan sebenarnya
Quote KBW2 14-4-2022 08:00 PM
stania83 replied at 14-4-2022 07:16 PM
dayyan ni bakal jadi hearthrob walaupun hyperaktif tapi nampak macam all rounder

Dia ni masa kecik kena ejek muka dia kan?
Quote damian_lee 14-4-2022 08:19 PM
netijen ni aku pelik
aku xpasti anak diorang punya developement mcm mana

anak retis pandai abc pun kagum bukan mainnnn
anak retis tau main piano punnn ya ampunnnn
anak retis panggil mama pun dah mcm dah pandai buat pidato …. kat PBB

dari netizen duk sibuk kagum anak artis itu ini
baik spend masa ajar anak abc ke … alip ba ta ke … nama2 negara ke ….
Quote Rogue98 14-4-2022 09:07 PM
Aku rasa mmg dayyan main ni...tak pun dia follow key lagu tu. Mmg dari kecik dah belajar main piano so tak mustahil lah.
Quote lattehazelnut 14-4-2022 09:16 PM
Edited by lattehazelnut at 14-4-2022 09:42 PM
damian_lee replied at 14-4-2022 08:19 PM
netijen ni aku pelik
aku xpasti anak diorang punya developement mcm mana



Ok jugak ni drp tunjuk gamba lengan / kaki xpun video anak mengantuk.. Pentaksub fanatik sampai inzal..

Piano app sekarang da byk.. ikut je la key kat app.. xyah tau note pun boleh main je..
Quote tikusmontok 15-4-2022 07:38 AM
asamfish replied at 14-4-2022 07:36 PM
Minta mahap cakap, lagu tu bukan bdk tu yang main.  Itu lagu2 yang mmg dah ada dlm Clavinova tu.  Tu ...

Acik2 kepam mudah terhibur
Quote elzy 15-4-2022 08:52 AM
Letih tengok video Dayyan, hyperactive sungguh..
Quote Mulotkoyak 15-4-2022 09:33 AM
Itu pasal.... Smp kesudah bile besar brape kerat je otak budak ni yg pandai.. Yg lain jd pemain tiktokerz jual diri.
Quote olaklempit 15-4-2022 11:29 AM
damian_lee replied at 14-4-2022 08:19 PM
netijen ni aku pelik
aku xpasti anak diorang punya developement mcm mana


Kan .......netizen Malaysia atau Indonesia sejenis kagum dengan apa artis, instafamous, founder produk buat. dah sampai tahap taksub pun ada. Memang menjadi2 lah mereka tu nak menunjuk sambil up bilangan followers.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.611735 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top