CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Seronok 'Paywave' Beli Baju Untuk Isteri Pakai Duit Orang. Aku Takkan Ikhlaskan Tujuh Keturunan"

14-4-2022 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9271| Komen: 104

Tindakan seorang lelaki berbelanja sakan menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang ditemuinya mendapat kecaman orang ramai.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan lelaki itu membeli pakaian di sebuah butik terkenal turut berjaya dirakam dan dimuat naik di media sosial oleh individu dipercayai pemilik kad tersebut.

Menurut hantaran itu katanya, lelaki berkenaan telah mengambil kad ATM miliknya selepas dia terlupa untuk mengambil kad tersebut semasa berurusan di sebuah mesin ATM.



“Bukan nak buka aib org bulan puasa ini sama-sama Muslim. Kau di belakang aku tadi di ATM boleh panggil aku bagitahu tertinggal kad.


“Seronok “paywave” beli baju untuk isteri pakai duit orang. Aku takkan ikhlaskan tujuh keturunan aku,” katanya.

Difahamkan, kesemua wang di dalam akaun tersebut telah habis dibelanjakan oleh lelaki tersebut dan pemilik kad ATM berkenaan kerugian kira-kira RM1,000.



Turut kelihatan dalam rakaman CCTV itu ialah seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai turut bersama-sama membeli-belah menggunakan kad ATM tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna mengecam tindakan individu-individu tersebut dan menyifatkan perbuatan mereka itu amat memalukan terutamanya ketika bulan Ramadan.

“Gaya macam orang kaya, tapi ambil kad orang. Semoga dipermudahkan segala urusan dik,” kata Ina.

“Tangkap suruh ganti rugi balik. Gila siap ‘shopping’ pula. Laporkan pada polis, jangan bagi muka orang begini, bulan puasa pun buat kerja kotor,” kata Azizul.

“Ramai dah kena begini, saya terus tutup fungsi ‘paywave’ dan tetap pakai PIN sahaja. Lantaklah orang nak kata kuno ke apa,” kata Irna. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elzy 14-4-2022 05:05 PM
Agak-agaklah nak bergaya pun guna duit curi tambahan lagi bulan Ramadhan.. Tak faham betul.. Ingat berkat ker guna duit haram? Sampai mati pun belum tentu hidup senang.. Itu di dunia belum cerita alam akhirat.. hurmmm
Quote _blackbird 14-4-2022 05:15 PM
on the bright side dia tak selfish, shopping utk bini dia. suami mithali sungguh. #donebackup
Quote noell 14-4-2022 05:17 PM
bukan limit RM250 perday ka??
Quote syamzana 14-4-2022 05:20 PM
leinkali beringat letak limit kat wave. payah nak cari org jujur bagi balik dah duit depan mata. even dlm kad ada rm10 pun nak jugak try nasib kot2 bertuah rembat duit org.
btw, sakan nooo korg berdua sopim
Quote raxief 14-4-2022 05:21 PM
bodoh ke apa.. senang2 je boleh kantoi, sbb ko pegi tempat yg bnyk cctv
Quote meteorspeed 14-4-2022 05:23 PM
Kan payware 250 jer limit
Quote Babai 14-4-2022 05:23 PM
Melayu kito meme gitu.
Quote Samerosie 14-4-2022 05:24 PM
noell replied at 14-4-2022 05:17 PM
bukan limit RM250 perday ka??

Ha ah kan..tapi RM250 max per wave ke per day?  Iols dah disabled function ni sebab takut jadi camni lah.
Quote Samerosie 14-4-2022 05:25 PM
Yg tak best wife dia bertudung and bulan Ramadan pulak tu takan lah tak rasa bersalah dan nasihatkan suaminya.
Quote Firenzza 14-4-2022 05:29 PM
Najibun shopping kad ambang wati tersenyum sinis
Quote Tunan 14-4-2022 05:31 PM
Iols matikan paywave
Guna pin saja
Quote rayray28 14-4-2022 06:05 PM
Npe x cpt2 call bank utk block dlu aihhhh
Quote buapakperut 14-4-2022 06:11 PM
Tak leh hadam org yg berbelanja duit haram ni
Quote doubleharmonic 14-4-2022 06:19 PM
buapakperut replied at 14-4-2022 10:11 AM
Tak leh hadam org yg berbelanja duit haram ni

kakmah tersenyum sinis
Quote insulin 14-4-2022 06:19 PM
1000 kau pergi sakau. Kesian tuan punya kad.
Quote lattehazelnut 14-4-2022 06:23 PM
noell replied at 14-4-2022 05:17 PM
bukan limit RM250 perday ka??

Kalau lebih 250 per swipe kne bubuh pin by default..
Tp boleh byk kali..
Quote _kelly 14-4-2022 06:29 PM
tapi mmg ada org camni..jumpa duit tgh jalan dia kata rezeki terpijak..mungkin abg ni pegang konsep yg sama
Quote eyansss 14-4-2022 07:13 PM
noell replied at 14-4-2022 05:17 PM
bukan limit RM250 perday ka??

per transaction...  bukan per day...
Quote wirazam 14-4-2022 07:22 PM
syamzana replied at 14-4-2022 05:20 PM
leinkali beringat letak limit kat wave. payah nak cari org jujur bagi balik dah duit depan mata. eve ...

Dulu masa awai2 bank introduce paywave ni..dok suruh customer gi bank utk update kad ATM..masa time aku, aku tanya staf bank kat situ..kalau Aku X nak activate fungsi paywave ni takpe kan..fungsi kad ATM masih boleh fungsi lagi kan..dia ckp takpe..ada security bagai..don't worry..

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.064649 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top