CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekolah Laksana Lokar Sewa RM120 Selama 8 Bulan Undang Kemarahan NUTP

14-4-2022 04:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2470| Komen: 31

Sebuah sekolah rendah di Kuala Lumpur yang mengenakan bayaran RM120 selama lapan bulan bagi ‘sewaan’ lokar kepada muridnya untuk menyimpan buku mengundang kemarahan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).


Seorang bapa ketika dihubungi FMT berkata, pihak sekolah terbabit telah menyumber luar proses pemasangan dan penyelenggaraan lokar kepada sebuah syarikat swasta. Nombor telefon syarikat itu juga sudah diberikan kepada ibu bapa.

“Ia bukannya wajib, namun ibu bapa yang berminat dimaklumkan supaya menghubungi pihak berkuasa sekolah. Selepas daftar, kita membuat pembayaran secara terus kepada syarikat itu. Ia tidak melalui pihak sekolah,” katanya.


Gambar memaparkan jenis lokar ditawarkan syarikat di sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Mesej yang dihantar kepada ibu bapa itu juga menyatakan bayaran sebanyak RM110 dikenakan untuk tempoh Apr hingga Dis dengan tambahan RM10 bagi deposit untuk kunci. Lokar itu ditawarkan hanya kepada murid Tahun 2 hingga Tahun 6.

Mereka turut diberikan pautan dalam talian bertujuan untuk mendaftar, termasuk menyelesaikan pembayaran.

“Saya tertanya-tanya mengapa mereka menyumber luar sesuatu sedangkan kerajaan sudah pun mengumumkan ia akan dibuat secara percuma. Saya tertanya-tanya adakah wujud sebarang bentuk kronisme di sini,” kata wakil ibu bapa itu yang enggan dinamakan.

Katanya, dia bimbang kewujudan “sistem kelas” akan memisahkan antara mereka yang mampu membayar dan mereka yang tidak berkemampuan.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung NUTP Wang Heng Suan berkata, beliau terkejut bahawa sekolah itu sanggup mengambil langkah sedemikian walaupun kerajaan sudah mengumumkan peruntukan RM37.3 juta untuk menyediakan lokar di sekolah rendah.

“Mengapa pihak sekolah meletakkan tekanan kepada ibu bapa dengan berbuat demikian? Ia mungkin pilihan, tetapi ibu bapa berdepan tekanan bagi memastikan anak-anak mereka tidak terpinggir,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, adalah lebih baik pihak kementerian sendiri menyediakan lokar dan sebaik-baiknya disertakan sekali dengan meja memandangkan kemudahan itu menjadi hak milik kerajaan.

“Jelas sekali, dengan menggunakan sumber luar, syarikat swasta diberi hak memiliki lokar itu selama-lamanya dan mereka akan mengaut keuntungan besar,” katanya.

Wang berkata, penyediaan lokar hanya mengurangkan 30% berat beg sekolah murid dengan mengambil kira anggaran berat buku.

“Selebihnya adalah berat botol air, pakaian seperti seluar sukan dan kemeja T, termasuk barang permainan. Ibu bapa sepatutnya membantu memantau anak-anak mereka ketika mengemas beg,” katanya.

FMT sudah menghubungi pihak sekolah terbabit untuk komen dan sedang menunggu respons.


Sumber: FMT

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote finding 14-4-2022 05:01 PM
baru rm15 je sebulan. utk kemudahan budak2 juga.
Quote anony-mous 14-4-2022 05:15 PM
Klau free nnti jahanam
Quote anony-mous 14-4-2022 05:16 PM
finding replied at 14-4-2022 05:01 PM
baru rm15 je sebulan. utk kemudahan budak2 juga.

Nnti start la ayat mcm ni “rm15 tu utk parent x mampu besar harganya” “klau ank ramai mcm mana?” Dah boleh baca uols. I rasa bagus la byr. Kalau free mesti jahanam cpt. Sapa xmampu, galas je lah beg
Quote orkid_amani 14-4-2022 06:37 PM
Tuhari masa aii attend pibg meeting sekolah ank aii cakap lepas ni teks book semua tinggai di sekolah..bawak xtvt book & buku tulis ja..kat rumah kalau nk ulangkaji guna digital book download dari telegram ja
Quote eyansss 14-4-2022 07:58 PM
kalau rasa taknak spend rm15 sebulan untuk anak, pi la pakat dengan parents untuk beli locker letak kat kelas anak…  habis cerita…  tapi kalau culas gak bayar, no comment la (terus teringat kes kelas anak aku masa darjah satu…  hahahha…  last2 aku bayar sendiri jek)…
Quote lattehazelnut 14-4-2022 08:03 PM
kalau nak sub luar fine..
Tp yg bajet 37 juta tu utk apa?
Quote imanjannah 14-4-2022 08:07 PM
bukan wajib pun kan, apa yg nak marahnya? sebb ada yg x mampu dan trigger?
Quote whimsicalmusic 14-4-2022 08:14 PM
Mahal..sekolah anak aku setahun rm10 je sewa nya..tp xla lawa cmni..loker lama..asal bfungsi cukup la..
Quote dudaberhias 14-4-2022 08:21 PM
Edited by dudaberhias at 14-4-2022 08:22 PM

berpatutan je harga tu ikut iols...
kalau tak bayar nanti maintenance haukkkk mak bapak juga bising...
lagipun tak wajib pun... guna je yang kerajaan sediakan nanti kalau tak mampu....

tapi tak silap ni sekolah dari kalangan have haveee dan sederhana juga... tapi tu la yang havee havee dan sederhana tu la paling kedekut nak keluar duit... beli kuih muih mahal sekupang pun berkira...
Quote kakikuDibibirmu 14-4-2022 08:33 PM
Lokasenna tersenyum sinis

[youtube]xYnweKANAgc[/youtube]
Quote allshares 14-4-2022 08:49 PM
Utk anak sendiri kot? Mengeluh anak beg berat tapi nk org tlg fikir, tlg selesaikan masalah. Diri sendiri? Cuba tanam dlm minda segala langkah positive kena bermula dari diri sendiri, jgn asyik mengharapkan org.
Quote gekkou 14-4-2022 08:59 PM
mak pak melayu ni
kebanyakannya kalau bab pendidikan anak2 sangat berkira
padahal sendiri pakai kereta mahai, HP mahal, hari2 makan luar
bershopping sakan x ingat dunia
bab dapat bantuan
dia no 1 daftar nama
bab suruh bayar yuran pibg rm20 dia paling mengamuk
siap jadi batu api dalam group wa
Quote xAthenax 14-4-2022 09:16 PM

betul
sekolah anak kaka dulu ada locker
siap sorang ada kunci masing2
tak sampai setahun uols
by the time anak abis sekolah situ, pintu locker sudah pupus
Quote Lagubestbest 14-4-2022 10:51 PM
ok la kan? tak payah bawak bag sekolah dah kan?
Quote ~boolean 14-4-2022 11:55 PM
sekolah takkan buat secara membabi buta...mestilah kena buat perbincangan dengan ibu bapa..

persoalannya, yang banyak cengkadak tu datang ke tak ke mesyuarat PIBG??? Kalau tak datang shaddapp!
Quote saviour_09 15-4-2022 08:15 AM
bodo nyaaa

benda bukan wajib @ letak pestol kat kepala mak bapak korang suruh ambik jugak lokar tu

plus baru berapa hengget je sebulan utk mudah & selesa anak sendiri jugak

still berkira?

bodo nyaaa
Quote damsel_fiji 15-4-2022 08:20 AM
cantik pulak lokar tu..biarlah klu ada yg nak pun..ko x nak byr takde sape paksa kan??
Quote MakareyumSuciey 15-4-2022 08:31 AM
Punca masalah beg berat ialah lambakan subjek. Sekolah rendah jer subjek berbelas2. Selesaikan masalah dari puncanya. Bila taknak selesai puncanya, ni la.jadinya. bertahun dah bincang pasal.lambakan subjek...kesudahannya locker jugak jadi jawapan...
Quote musangbodoh 15-4-2022 10:57 AM
MakareyumSuciey replied at 15-4-2022 08:31 AM
Punca masalah beg berat ialah lambakan subjek. Sekolah rendah jer subjek berbelas2. Selesaikan masal ...

btol hg kata...... aku bg 5 ha

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.111006 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top