CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Faradhiya Dituduh Lesbian Sebab Tak Kahwin-Kahwin- Tak Nak Suami Orang, Rela Kahwin Duda

14-4-2022 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6224| Komen: 40

“Macam mana saya hendak berkahwin kalau lelaki yang mendekati saya 90 peratus adalah suami orang. Saya bukan cakap besar, cuma saya memang tidak mahu dan akan tolak awal-awal”.


Demikian jawapan yang diberikan oleh penyanyi dan juga pelakon jelita Farahdhiya selepas diusik soal statusnya yang masih belum mempunyai peneman (suami) sehingga kini.

Bercakap kepada Kosmo!, Farahdhiya atau nama lengkapnya Farahdhiya Mohd. Amin, 37, berkata dia sering didekati lelaki yang mahu menjadikannya isteri, namun malangnya rata-rata lelaki tersebut berstatus suami orang.

Foto: IG

“Itulah masalah utama kenapa saya masih belum berkahwin sehingga sekarang. 90 peratus yang datang dekat saya itulah orangnya (suami orang).


“Saya tidak mahu cakap besar. Cuma saya ada pilihan iaitu tidak mahu berkahwin dengan suami orang (jadi isteri kedua),” katanya.

Ujar pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu lagi, walaupun pernah berkawan rapat dengan lelaki berstatus suami orang, selama itu jugalah dia berjaya menolak lamaran mereka untuk mengahwininya.

Kata Farahdhiya, dia memegang pada prinsip seboleh-bolehnya enggan untuk berkahwin dengan lelaki bergelar suami orang dan lebih rela berkahwin dengan lelaki berstatus duda.



“Saya mahu berkahwin, tapi bukan dengan suami orang. Saya lebih rela berkahwin dengan duda,” katanya.

Dalam pada itu, wanita kacukan Melayu-Inggeris itu mengakui pernah bercinta dengan beberapa orang lelaki sebelum ini, namun tidak berakhir sehingga ke jinjang pelamin.

“Saya pernah bercinta, cuma saya berahsia. Tidak perlu saya uar-uarkan perkara yang belum pasti. Walaupun saya berdarah campuran Inggeris, saya tetap ada rasa malu.

“Saya pernah mengenali beberapa orang lelaki sebelum ini, namun tidak menjadi,” katanya.



Disebabkan masih belum berkahwin pada usia 38 tahun, Farahdhiya mendedahkan dia pernah dianggap seorang lesbian (menyukai sesama jantina) oleh seseorang.

“Saya masih straight (menyukai lelaki) okay. Saya cakap begitu sebab seseorang pernah tanya saya sama ada saya lesbian atau tidak sebab tidak kahwin-kahwin lagi,” katanya sambil ketawa.



Farahdhiya yang ditemui pada Majlis RTM Syukurnya Syawal di Hotel Vertical, Bangsar semalam turut menberitahu pada usianya sekarang, dia tidak terlalu memikirkan tentang kriteria lelaki idaman yang dicari, namun bersyukur jika mendapat seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab.

Pada masa sama, Farahdhiya juga mengakui sedikit tertekan apabila memikirkan soal cahaya mata lebih-lebih lagi ketika usianya yang kini sudah pun mencecah 38 tahun.



“Soal berkahwin (suami) saya tidak terlalu tertekan sebenarnya. Apa yang membuatkan saya tertekan jika memikirkan soal anak. Usia saya pun sudah mencecah 38 tahun. Kalau berkahwin nanti dapat seorang dua cahaya mata pun dah cukup.

“Saya tidaklah meronta-ronta mahukan suami, cuma jodoh belum ‘timbul’ lagi,” katanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 14-4-2022 04:06 PM
Compare dia dgn bbnu mcm kemut zulin terdampar intan etc attitude dia ni lg semenggah
Quote cikX87 14-4-2022 04:19 PM
lambat kawin kena cop lesbian, kang terkawin laki orang kena cop babi sondol. zaman sekarang nak cari yang single susahhh. contoh, kat tiktok ramai tak kawin lagi tapi gayahhh. acano.
Quote aammyy 14-4-2022 04:21 PM
Suka dia ni takda kontroversi. Tapi kalau sanggup kahwin duda instead of laki orang ni mcm sama jugak mcm perampas sbb punca keretakan rumahtangga orang. Ke maksud dia lain
Quote dudaberhias 14-4-2022 04:32 PM
Tapi kalau heshe lessy dengan nasha aziz mesti meletop... Jangan ko lessy dengan adibah noor sudah. Kak deeb tu nak gerak pun tak larat dah nanti heshe jugak yang kena jadi mesin rumput, tukang kebun, tukang mop, carwash dan kipas syiling.
Quote AbukRokok 14-4-2022 04:34 PM
xkanla semuanya laki orang
Quote September14 14-4-2022 06:01 PM
Sedap dia ni nynyi tp nk wat mcmne netizens n tokram lg suka nana sendayan
Quote boongalalang 14-4-2022 06:04 PM
aammyy replied at 14-4-2022 04:21 PM
Suka dia ni takda kontroversi. Tapi kalau sanggup kahwin duda instead of laki orang ni mcm sama juga ...

Yang dah memang duda lama kot. Bukan sebab dia dudakan orang tu. Jenis ada prinsip FD ni.
Quote Piramida 14-4-2022 06:37 PM
"Saya tidaklah meronta-ronta mahukan suami, cuma jodoh belum ‘timbul’ lagi,”

Hihi relax je dia.
Sementara hajjah bungkus pula tdk habis2 mencanang utk berkawin usia sekian sekian. Dari tahun ke tahun. Akhir nya bertemu gak jodoh dgn usetaz jadian yo yo oo beras.
Quote auntyonion 14-4-2022 07:32 PM
Iolss suka body dia aummm
Quote kiah_mai_pulak 14-4-2022 07:43 PM
boongalalang replied at 14-4-2022 06:04 PM
Yang dah memang duda lama kot. Bukan sebab dia dudakan orang tu. Jenis ada prinsip FD ni.

yg time dhb normiang  chuolzahh lupa ke? ke chuolzah bbnu?
Quote makcun14 14-4-2022 07:43 PM
Tak perlu pun nak desperate ber laki. Relaks jach enjoy life income lebat. Suka cara sheols. Btw baru tau sheols nyanyi dangdut sedap and sangat kena .
Quote boongalalang 14-4-2022 08:06 PM
kiah_mai_pulak replied at 14-4-2022 07:43 PM
yg time dhb normiang  chuolzahh lupa ke? ke chuolzah bbnu?

Semi bbnu
Tau dia and Hattan pun dekat sini jugak
Quote Afifi82 14-4-2022 08:08 PM
auntyonion replied at 14-4-2022 06:32 PM
Iolss suka body dia  aummm

Kan. Solid molid. Pastu pandai masak pulak tu.
Quote Suchi 14-4-2022 08:10 PM
Duda ada mcm jenis
Satu  Duda yang terduda
Kedua Duda yang didudakan
Ketiga Duda yang menduda tak kawen2
Keempat Duda berhias
Quote damian_lee 14-4-2022 08:16 PM
Normabaru replied at 14-4-2022 08:06 AM
Compare dia dgn bbnu mcm kemut zulin terdampar intan etc attitude dia ni lg semenggah

walaupun muka koskesen tapi lebih melayu dari acik2 felda di Key Yell ini
Quote lattehazelnut 14-4-2022 08:24 PM
Edited by lattehazelnut at 14-4-2022 08:35 PM

Ayah dia kan baik, i guest dia nak carik partner yg baik mcm ayah dia kot..
Quote Zack8hunter 14-4-2022 08:32 PM
org bujang takut nk dekat sbb high maintenant kot..
Quote tikusmontok 14-4-2022 08:33 PM
Pandai masak dia ni..bertuah laki
Quote Rogue98 14-4-2022 08:35 PM
Dia ni kalau kahwin nanti mesti dapat lelaki yang baik and sayang kan dia. Insyallah..

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.069738 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top