Baru-baru ini, viral satu video yang memaparkan seorang wanita berkelakuan tidak senonoh apabila dia tergamak memberi makanan yang dikunyah sebelum diluah kepada suaminya yang berada di sisi. Menerusi video yang berdurasi selama 11 saat yang dimuat naik di Facebook, wanita yang tidak dikenali namanya itu dipercayai sedang mengunyah ketam lalu membuang kulit ketam yang diluahkan itu ke dalam pinggan suaminya. Video itu juga dimuat naik dengan kapsyen "Masih ada lagi ke lelaki yang jenis makan bekas perempuan dia?". Akibat perbuatannya yang jijik itu, video itu telah viral dan wanita itu dikecam teruk oleh netizen. Walau bagaimanapun, video tersebut telah di padam oleh wanita itu selepas dia dikecam. Tindakan wanita itu telah menyebabkan ramai yang menganggap wanita itu tidak ada sifat hormat terhadap suaminya sendiri. Terdapat juga netizen yang memberi pesanan agar individu di luar sana yang belum berkahwin untuk mencari pasangan yang beradab dan saling menghormati. |
faraway1 replied at 14-4-2022 06:12 PM
Kalau laki dia tak kisah. Kenapa kita perlu kisah
rospinki replied at 15-4-2022 10:11 AM
banggala tu dpt show off laki makan ludah dia..takde yg lebih hebat lagi ke?? takan itu je
ADVERTISEMENT