CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shooting Belum Habis Dah Cabut Lari, Ben Amir Diperintah Bayar Ganti Rugi RM100 Ribu!

14-4-2022 02:29 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 17705| Komen: 145|Original author: Saiful

Ben Amir terpaksa membayar RM100 ribu sebagai ganti rugi kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd gara-gara  melanggar kontrak sebagai pelakon dalam 'Drama Demi' pada tahun 2021.


Persetujuan dicapai kedua-dua belah pihak di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, Tasnim Abu Bakar.

Menurut mStar, Ben Amir, 32, selaku defenden membayar jumlah RM100,000 dengan lima kali bayaran secara ansuran sebanyak RM20,000 bermula 10 Mei depan.

Foto: IG

"Sekiranya defendan (Ben Amir) gagal membayar RM100,000, maka jumlah asal dalam kes saman itu seperti yang dituntut plaintif (Elisa Vision) sebanyak RM211,477 dikembalikan.


"Mahkamah juga merekodkan defendan menarik balik pernyataan tuntutan balas yang dikemukakan terhadap plaintif," katanya.


Mahfuzah, Foto: mStar

Penerbit Elisa Vision Sdn Bhd, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain berkata,

"Alhamdulillah, saya bersyukur isu ini dapat diselesaikan secara baik. Saya pun sudah memaafkan dia atas apa yang berlaku. Bagi saya, ini berkat Ramadan.

"Dia pun orang yang baik dan saya tiada masalah dengannya kerana semua sudah selesai."


Foto: mStar

Untuk info, Pada 27 Mac 2020 pihak produksi mendakwa pelakon Ben Amir pulang ke Malaysia secara sendirian meninggalkan kesemua kru produksi dan pelakon yang sedang menjalankan penggambaran di Scotland kerana ketika itu wabak Covid-19 sedang merebak.

Tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri kerana penggambaran tersebut belum selesai. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 14-4-2022 02:43 PM
aduhhh mana nk cekau 100k.. buat pinjam bank lah.. ke ada sponsor??
Quote mizruncing 14-4-2022 02:44 PM
uishh knp diva sangat ben ali smpai blah gitu
Quote cicicumel 14-4-2022 02:47 PM
Heols sejenis memilih naskhah kan katanye sbb nk menten eksklusif. Dh elok2 dpt, buat hal plak.. Rasain lorr.

Btw nape dia balik awal? Ada kecemasan ke
Quote sukacactus 14-4-2022 02:55 PM
mizruncing replied at 14-4-2022 02:44 PM
uishh knp diva sangat ben ali smpai blah gitu

Salah org ni…ben amir kot
Quote mizruncing 14-4-2022 02:58 PM
sukacactus replied at 14-4-2022 02:55 PM
Salah org ni…ben amir kot

ehhhhhhhhh
Quote Mulotkoyak 14-4-2022 03:01 PM
Setahu ak mase tub covid teruk... Then mase pengambaran tu ramai crew and artis dh kne covid. Xsalah aku ashraff muslim dan puteri aishah xsalah masa tuh. Tp mmg giler la mase tu covid
Quote auntyonion 14-4-2022 03:03 PM
Masa tu scotland tgh teruk covid kan..sape eh kena dulu putri aisyah ke sapentah..agaknya dia pn takot pastu ciao gitu je ke
Quote NekNgah 14-4-2022 03:46 PM
Edited by NekNgah at 14-4-2022 03:47 PM

Kenapalah korang salahkan Ben aje.

Memang betul Ben langgar kontrak tapi bukan sebab Ben mendiva pilih job.  Ben lari balik Malaysia sebab masa tu krew dan pelakon dah positive covid, ada yang dah deman seminggu.  Takkan Ben nak tunggu lagi.

Dah sampai Malaysia 19 orang positive, ada crew kena masuk ICU lagi.  Puteri Aishah, Asyraf Muslim, pelakon kanak-kanak Puteri Raisha semua dah positive.

Ben pergi lewat dari pelakon dan crew lain sebab kena habiskan shooting drama lain dulu.  Tapi masa tu Ben dah teruk kena kecam sebab keluar Malaysia masa pendemik sedang naik.  Sedangkan seluruh team drama Demi dah ada dekat sana.

Alhamdulillah, Ben sampai Malaysia masih negative.  Mungkin itu keputusan terbaik Ben masa itu walau telah melanggar kontrak.  Duit boleh dicari, kesihatan dan nyawa tu jangan dibuat main. Kena ingat, masa tu belum ada vaksin ya.
Quote edoraixora 14-4-2022 03:51 PM
nasib kau lah...mende boleh bincang, kau lari2.
mendapatlah kena bayor ganti rugi
Quote Pak.dolla 14-4-2022 03:54 PM
kiah_mai_pulak replied at 14-4-2022 06:43 AM
aduhhh mana nk cekau 100k.. buat pinjam bank lah.. ke ada sponsor??

Byk je duit dia kot..bukak tv semua channel muka dia..hahaha kan...sebab duit dia byk la dia bole lari..kalau xda duit ingat suka² nk lari..
Quote dudaberhias 14-4-2022 03:56 PM
banyak jugak tu... mana la heshe nak cekau dah lerr suam2 kuku jugak heshe ni...
Quote She-Ra 14-4-2022 04:07 PM
kenapa la dia tak bgtau produksi masa nk balik Malaysia tuuu
org pun boleh paham kot.. takkan nak teruskan shoot dgn keadaan ramai crew/pelakon kena covid.. gituuuu..
Quote cikX87 14-4-2022 04:15 PM
ben lari nak selamatkan diri dari virus tu. ada masa kita memang lah kena selfish. lagi lagi pasal hidup mati.
Quote akuHavocczz 14-4-2022 04:19 PM
Dekat oversea ye lah covid. Yang kat malaysia dia tak nak sambung tu kenapa?
Quote NekNgah 14-4-2022 04:19 PM
She-Ra replied at 14-4-2022 04:07 PM
kenapa la dia tak bgtau produksi masa nk balik Malaysia tuuu
org pun boleh paham kot.. takkan nak te ...

Dah siap bertekak dengan direktor sebab nak balik.  Masa tu ada crew dah deman teruk seminggu.  Makanan pun dah bercatu sebab lockdown dekat Scotland.
Shooting pun dah stop.

Tiga hari lepas Ben balik, akhirnya semua pun balik.  Ada crew terus masuk ICU.

Bukan tak minta permission nak balik pun.  Rasanya masa tu production yakin boleh sambung shooting tapi akhirnya kena reshoot semula di Fraser Hill aje.
Quote mamajawie 14-4-2022 04:19 PM
bagi je la job kat amir im sorry tu gantikan ben amir ni
Quote NekNgah 14-4-2022 04:29 PM
akuHavocczz replied at 14-4-2022 04:19 PM
Dekat oversea ye lah covid. Yang kat malaysia dia tak nak sambung tu kenapa?

Mungkin dah bertekak, dah rasa tak best.  Direktor, Puan Ruhaila pun unfollow Ben sedangkan dan banyak kali bekerjasama.
Quote belacan_gurl 14-4-2022 04:31 PM
Mulotkoyak replied at 14-4-2022 03:01 PM
Setahu ak mase tub covid teruk... Then mase pengambaran tu ramai crew and artis dh kne covid. Xsalah ...

Haahh kan ..masa tu covid teruk sgt...mgkn dia takut tapi silap sbb x bincang elok2 nk balik
Quote miss_strangers 14-4-2022 04:31 PM
Encemnye Ben...

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.235169 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top