CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alami Radang Rahim, Uyaina Arshad Tahan Sakit Tak Makan Painkiller Bimbang Bahayakan Bayi

14-4-2022 02:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2378| Komen: 13|Original author: Tatod


Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad yang sedang hamil kini dalam proses penyembuhan selepas menjalani pembedahan apendiks sekali lagi diuji apabila doktok memaklumkan dia mengalami keradangan pada dinding rahim.

Disebabkan masalah itu, selebriti itu masih berada di hospital agar pemantauan kesihatannya dapat dilakukan sebaik mungkin serta menjalani tindakan rawatan lanjut bagi mengatasi keradangan tersebut.

Menerusi IG Story, Uyaina berkata dia terpaksa menggunakan 'painkiller' bagi mengurangkan rasa sakit yang dialaminya namun doktor menyarankan agar tidak terlalu bergantung pada ubat tersebut kerana bimbang membahayakan bayi dalam kandungannya.



"Assalamualaikum semua. Apendiks saya berjaya dikeluarkan. Malangnya, ada keradangan pada dinding rahim dan kini masih berada di hospital.

"Saya terpaksa makan ubat penahan sakit tetapi doktor tak boleh berikan ia setiap waktu sebab bahaya untuk bayi. Buat masa sekarang saya terpaksa menahan dan berjuang melawan rasa sakit. Mohon doakan untuk saya," tulisnya.



Terdahulu, Uyaina dan Raja Syahiran telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021. Pada awal bulan ini, pasangan itu akhirnya mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata sulung yang dijangkakan lahir pada penghujung tahun ini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mizruncing 14-4-2022 02:45 PM
bagus dia ni semua nak bagitau
Quote giyomi 14-4-2022 04:59 PM
so so so...who are yus by the way
Quote doubleA 14-4-2022 05:18 PM
Cringe nya tertengok ig dia galak menari2. Dengan tudung pakai style org dulu2 dan muka biasa je, caption ig pun cringe. Tahan followers dia eh. Kesian byk penyakit, dari covid kena merangkak, ni lepas apendix dinding rahim pula. Gws jelah
Quote momopoko 14-4-2022 09:32 PM
Kenapa la suka sangat tudung kelepet rapat dahi gini.
Quote Hoola 14-4-2022 09:34 PM
Ermmmmmmmmmmmmmmmmmm
Quote sweetyroses 14-4-2022 10:18 PM
Rajin betul dy taip panjang2 time sakit yer. Semua benda dy citer. Up yang perlu je la. Xperlu bagi detail semua benda.

Semoga cepat sembuh
Quote lattehazelnut 14-4-2022 10:38 PM
Effect covid ke
Atau white drip or whatever drip artis pakai
Quote Beribear 14-4-2022 11:39 PM
Kuat eh dia. Iolss senggugut dgn gasteik langsung takde mood nak buat apa2 walau nak pegang phone pon tak nak. Semoga cepat sembuh & kandungan baik2 jelah
Quote anony-mous 15-4-2022 11:12 AM
Kuat dugaan dia. Seksanya klau pregnant lps tu ada sakit yg lain
Quote olaklempit 15-4-2022 12:27 PM
dia ni siapa?
banyak video lalu lalang dalam FB.
Geli tengok....pompuan kalau gedik ingat comel ke?
Quote zuri154 15-4-2022 02:00 PM
momopoko replied at 14-4-2022 09:32 PM
Kenapa la suka sangat tudung kelepet rapat dahi gini.

Tudung kelepet dahi ni trend skrg. Ramai bbnu yg kelepet cenggini.
Quote chocobozhere 15-4-2022 02:05 PM
Sejak menjak ni memang ni je ke cite pasal dia...
Quote holothurian 15-4-2022 11:43 PM
Beribear replied at 14-4-2022 11:39 PM
Kuat eh dia. Iolss senggugut dgn gasteik langsung takde mood nak buat apa2 walau nak pegang phone po ...

tau xpe.. mcm mana dia boleh nk pegang phone time tahan sakit..dengan mampu buat karangan lg.. fuhhh..kita ni.. time sakit, phone bunyi pun rasa semak.. siap kne marah lg spe yg call tu.. hahahahaha

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.386503 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top