CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Langgar Mati 8 Remaja Basikal Lajak- Harith Iskander Persoal Mana Keadilan, TMJ Balas Dengan Komen Padu!

14-4-2022 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18531| Komen: 214

Kes langgar mati 8 remaja berbasikal lajak mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, pelawak dan pengacara, Harith Iskander yang mempersoalkan keadilan di antara pemandu wanita dan 8 remaja basikal lajak yang telah mati akibat pemandu wanita itu.


Menerusi hantaran di Instagram, Harith menyatakan bahawa dirinya tidak memahami di manakah keadilan dan meminta orang ramai yang memahami dengan kes tersebut untuk memberi penjelasan padanya bagaimana pemandu wanita itu didapati bersalah.

Foto: IG

“Minta maaf, Dalam isu ini saya tidak faham di terletaknya ‘justice’ atau keadilan. Seberapa yang saya tahu dari laporan yang ada Cik Sam Ke Ting tidak membawa kenderaan dengan cara ‘reckless’ atau cuai. Minta tolong siapa-siapa yangt faham dengan kes ini cuba terangkan bagaimana dia didapati bersalah.?"


Tambahnya lagi, dia turut berpendapat kanak-kanak itu tidak sepatutnya keluar menunggang basikal dengan cuai di atas jalan pada lewat malam.

“Bagi ibubapa mangsa. saya pun tidak tahu nak cakap apa. Netizen dah banyak cakap dah. Kanak-kanak tidak sepatutnya keluar menunggang basikal di atas jalan pada lewat malam.”



Hantaran yang dimuat naik oleh Harith mendapat pelbagai reaksi netizen termasuklah Tunku Mahkota Johor, TMJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut memberikan pendapat di ruangan komen.

“Ibu bapa perlu bertanggungjawab dan mendidik anak-anak kita. Kepada pemandu pula mereka harus berhati-hati dan memperbaiki kesedaran mereka.”

Dalam pada itu, TMJ turut berpendapat kanak-kanak itu tidak seharusnya berada di situ dan meminta orang ramai untuk berfikir secara rasional berdasarkan fakta dan bukan memberikan kenyataan mengikut trend.

Foto: via Murai.my

“Kanak-kanak itu tidak sepatutnya berada di situ, saya setuju. Tetapi untuk melanggar 8 orang kanak-kanak, bukan seorang, apa yang anda akan gelar? ‘Memandu secara cuai’.

Pada masa kini mengenai setiap isu, semua orang merasakan keperluan untuk membela pihak yang menuduh. Bagaimana pula dengan mangsa? Siapa yang membela mereka? Berfikir secara rasional dan bukan membuat kenyataan mengikut trend.”-TMJ

Dipetik dari laporan Harian Metro, Mahkamah Tinggi memerintahkan kerani wanita dipenjara enam tahun dan didenda RM6,000 kerana memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, lima tahun lalu.

Responden, Sam Ke Ting,27, turut diperintah menjalani hukuman enam bulan penjara jika tidak membayar denda selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun yang berkuatkuasa selepas selesai hukuman penjara. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 14-4-2022 01:24 PM
gigih TMJ reply.... mantabb...
Quote SherryZass 14-4-2022 01:32 PM
aku malas nak side mana2, tapi asal benda viral je adalah dia ni nak memekak sama
Quote adiwarna 14-4-2022 01:45 PM
Agree with TMJ...lagipun the girl drive masa dia tgh mentally unstable, depression sbb kena buang keja...one should not drive alone in that hour if emosi x stabil....dlm kelas memandu pun ada ajar waktu2 yg x sesuai memandu but sapa yg nak dengar, semua hanya nak amik lesen jer...and as for the budak2 beskal lajak yg survived tu, they've learnt their lesson really hard indeed, seumur hidup insaf tuh!
Quote aemon 14-4-2022 01:48 PM
Sekitar tahun kejadian..aemon mmg stay johor..mmg trend budak2 basikal lajak kluar ramai2 jln bsr dan lepak pd waktu malam.xleh salahkan amoi tu juga.budak2 ni ha mmg terbebas keluar.
Quote dino 14-4-2022 01:55 PM
me12345 replied at 14-4-2022 01:30 PM
Sbb bukan anak sendiri yg terkorban...talk is cheap

mslhnya knp kul 3 pagi main basikal lajak? why bdk2 tu berani..  dah besar race motor plak
Quote dino 14-4-2022 01:57 PM
aemon replied at 14-4-2022 01:48 PM
Sekitar tahun kejadian..aemon mmg stay johor..mmg trend budak2 basikal lajak kluar ramai2 jln bsr da ...

both ade silap cuma soalan netizen backup bdk2 tu over la.. skrg mak pak bebas je bg anak lepak luar rumah mlm2…
Quote Thunderclouds 14-4-2022 02:01 PM
What about the victims? Dlm kes ni you reap what you sow lar. Main basikal lajak (salah) main basikal lajak ats highway (salah) kluaq 2-3am tanpa pngetahuan makpak main basikal lajak (salah). With every action comes a consequence. In this case hilang nyawa,yg hidup leh trauma tbayang2  kwn kna lenyek sepanjang hayat. Makpak yg tahu ank rajin kluaq mlm main basikal lajak pagi buta nk mnyesal pn xguna dh. Again,you reap what you sow. Jaga,didik ank sendiri elok2 ya tuan2.
Quote Gingerly 14-4-2022 02:16 PM
Main basikal pagi2 buta tanpa pengawasan, salah.

Pandu kereta secara cuai sehingga menyebabkan kematian, salah.
Quote beta_carotene 14-4-2022 02:21 PM
konsepnya sama la mcm ko baring tgh highway tanpa sebab pastu kena langgar mampus.
ko expect kereta nk slow down elak ko?

aku suggest kalo bodo xyah komen kt twitter la.
Quote mamajawie 14-4-2022 02:21 PM
dedua pihak memang salah pun, tapi bak kata TMJ n aku pun sependapat dengan dia kali ni, dia langgar smpai 8 orang mati..weyhhh kalu 1,2 orang tu paham la x sengaja tapi sampai 8 orang agak2 la weyhhh
Quote Myhappyending 14-4-2022 02:24 PM
I thnk fair enuf la 6tahun je pun
Quote Mademoisellee 14-4-2022 02:31 PM
Taknak Komen banyak. Cuma nak cakap bagus juga benda ni jadi, at least jadi pengajaran untuk semua. Sayang anak,tangan2 kan bukan dah berterabur kena lenyek atas jalan baru meraung. Ni kalau kes driver yg mati demi nak elak dorang semua agak2 acik2 semua nak bertanggjawab tak?? Agak2 budak2 tu nak insaf tak?? Mesti acik2 backup kaw kaw punya kan anak acik lantak lah yg mati tu
Quote cicicumel 14-4-2022 02:33 PM
I baca dia langgar 30 org sekaligus. Yg mati 8 org... So x laju ke?

Ok la tu 6 thn.nasibla amoi tu muda dan nmpak cun (pakai mask)
Quote musangbodoh 14-4-2022 02:35 PM
OKU amoi tu salah
mak pak budak salah
kereta  bw laju salah
jalan selekoh dah gelap salah
budak kuar mlm salah
budak main beskal tgh jln salah..........

btw kali nie pompuan ade gak salah....
Quote beta_carotene 14-4-2022 02:36 PM
mamajawie replied at 14-4-2022 01:21 PM
dedua pihak memang salah pun, tapi bak kata TMJ n aku pun sependapat dengan dia kali ni, dia langgar ...

mmg dia plan dari awal ke nk langgar 8 org sekaligus?

komen biar cerdik
Quote haruslah 14-4-2022 02:37 PM
Seperti biasa, pelawak antarabangsa ni mmg suka ulas cerita yg mcm ni

Baca lah dr org2 yg patut mcm lawyer semua tu...baru best
Setakat komen2 netz (termasuk pelawak) abaikan jer lah...

Bagi netz mcm i, dua2 salah. Yg pergi, family dah tanggung derita. Yg melanggar, pun mungkin akan ke penjara (sbb ade rayuan kan)

Quote mamajawie 14-4-2022 02:39 PM
beta_carotene replied at 14-4-2022 02:36 PM
mmg dia plan dari awal ke nk langgar 8 org sekaligus?

komen biar cerdik

sebab tu bawak kereta jangan panik..masa amik kursus lesen memandu takkan cikgu driving school takde kabor??btw dia langgar 30 orang yg mati 8 orang..nak komen tu kena baca fakta dulu

Quote Suchi 14-4-2022 02:40 PM
Edited by Suchi at 14-4-2022 02:42 PM

Kerani tu dihukum salah sebab memandu melulu maksudnya kita ni kalau memandu kena sentiasa semat dlm pala otak kat depan mesti makhluk tak reti bahasa duk melonggok. Kena sentiasa beringat gitu dan berdoalah kita tak berada di situasi mcm ni.

Iols ada tgk video rakaman sblm budak2 tu kena langgar time tu dorang tgh kayuh ramai2 mujur gak tak kena langgar dgn kereta yg lalu tp rupanya duk melonggok plak atas jalan.
Quote mizruncing 14-4-2022 02:43 PM
semua salah. mak pak salah. bebudak salah. amoi salah.

bebudak dh mati pon. ada yg cedera parah/trauma. so klu tak sedar lagi xtau laa nk kata ape.

mak pak dah cash kehilangan anak kesayangan pon.

amoi pon dh jatuh hukum penjara n denda.

so ape yg memekak lagi lahhhh haiii

Lihat semua komen(214)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.108864 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top