CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Cinta Sampai Habis Hayat," - 60 Tahun Hidup Bersama, Cucu Kongsikan Kisah Cinta Atuk dan Arwah Nenek

14-4-2022 12:40 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 1510| Komen: 2|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Amieyy Amran


Setiap pasangan yang sudah berkahwin mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat. Benar, perkahwinan ini banyak dugaannya. Namun jika kita dan pasangan sama-sama berusaha seiklas hati, 40 tahun berkahwin pun masih bahagia dan kehangatan cinta itu masih boleh dirasai. 

Namun, kadang-kala perkahwinan kita diuji dengan pergolakan rumahtangga atau lebih teruk lagi, kita kehilangan pasangan kita. Perit rasanya apabila diuji dengan kehilangan apatah lagi jika terlalu banyak memori yang dicipta bersama. Ungkapan reda dan sabar juga sangat sukar untuk ditelan. 



Itulah yang kisah yang diceritakan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Amieyy Amran. Menurut Amieyy, dia baru sahaja kehilangan neneknya pada 18 Mac yang lalu. Kehilangan neneknya meninggalkan kesan yang begitu mendalam terhadap dirinya. Namun yang lagi memilukan, datuknya telah kehilangan seorang isteri setelah hidup bersama selama 60 tahun. 

Menurut Amiey, arwah nenek dan datuknya tidak pernah berenggang selama 60 tahun berkahwin dan mereka sentiasa bersama tidak kira di waktu susah atau senang. Menerusi video yang dikongsikan kelihatan datuknya kekal disisi neneknya ketika neneknya jatuh sakit dan tidak boleh berjalan. Jelas kasih sayang dan cinta yang terpancar dari wajah datuk dan neneknya. 

Jarang sekali kita dapat melihat pasangan tua yang begitu rapat seperti baru sahaja berkahwin. Betul kata orang, percintaan zaman dahulu sangat berkualiti dibandingkan dengan percintaan zaman sekarang. 

Tambah Amiey, dia berjanji kepada arwah neneknya yang dia akan menjaga datuknya dengan baik seperti neneknya menjaga datuknya. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat sebak melihat kisah cinta di antara datuk dan nenek lelaki ini. Semoga satu hari kita dipertemukan dengan jodoh yang sentiasa menyayangi kita seperti datuk dan nenek Amiey.  -CARI

Sumber: Tiktok Amieyy Amran


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elnor_81 15-4-2022 06:02 AM
Org dulu2..even kawin sbb famili suruh, tp byk yg kekal smpi akhir hayat.
Quote Tinot7 15-4-2022 07:07 AM
Neneknya sakit apa?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:52 AM GMT+8 , Processed in 0.051714 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top