Pernah menimbukan kemarahan penyanyi Cat Farish gara-gara membuat video 'prank', penyanyi Zarol Zarif mengakui dia kini sudah serik untuk membuat kandungan sebegitu.
Menurut Zarol atau nama sebenarnya Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, dia juga mengambil langkah mengurangkan video seperti itu di YouTube kerana beranggapan sudah tidak bersesuaian. "Ikutkan masa awal-awal kami buat content prank macam okay, tapi sekarang ini lepas ada isu kata buat prank itu berdosa, kami dah kurangkan content sebegitu. "Sekarang lebih kepada buat content cabaran makan. Dulu awal-awal orang boleh terima prank tapi sekarang dah tak ada. Saya pun dah tak berani nak buat prank sebab pernah ada isu dengan Cat Farish.
"Itulah kali terakhir saya buat content itu. Kalau sekarang nak buat pun, hanya antara kami kawan-kawan saja... boleh kata saya serik juga la," katanya kepada mStar.
|
"Ramai orang yang kenal saya sebagai YouTuber... bukan penyanyi. Bila tahun lalu ada lagu baharu, barulah orang perasan yang saya pernah jadi peserta AF," ujarnya
slyfynx: Aku is x kenal langsung ko dek. Influencer ke, penyanyi ke, haram aku kenal ko sape. Maybe sbb aku dah tua kot.
slyfynx replied at 14-4-2022 11:02 AM
Aku is x kenal langsung ko dek. Influencer ke, penyanyi ke, haram aku kenal ko sape. Maybe sbb aku ...
ADVERTISEMENT