CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beberapa Kali Jadi Heroin, Sharifah Rose Anak Emas Stesen TV Ke?

14-4-2022 07:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7388| Komen: 80

Meskipun baru memulakan karier lakonan beberapa tahun lalu, namun nama pelakon Sharifah Rose kini semakin mekar meniti di kalangan penggemar drama tempatan.


Setakat tahun ini sahaja, sudah dua drama menampilkannya sebagai heroin termasuk drama terbaharunya, Do You Love Me, Captain?


Kredit foto: IG Rose

Ekoran itu, Sharifah Rose atau nama sebenarnya, Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira didakwa menjadi anak emas stesen televisyen disebabkan kekerapannya menjadi heroin.

Menafikan dakwaan tersebut, Sharifah Rose menyifatkan tawaran yang diberikan adalah rezeki yang sudah tertulis.


“Nak cakap anak emas bukanlah anak emas pun… mungkin first drama dengan Redza Rosli iaitu Kekasih Hati Mr Bodyguard dapat banyak perhatian penonton dan dari situ stesen tv nampak saya dan daripada situlah kerjaya saya mula berkembang.

“Do You Love Me, Captain? drama ketiga saya jadi heroin, saya anggap semua ini adalah rezeki Alhamdulillah,” katanya kepada Media Hiburan pada majlis sidang media drama Do You Love Me, Captain? pada Selasa.


Kredit foto: IG Rose

Walaupun ada yang mengkritik mengenai lakonannya, namun gadis 24 tahun ini tidak sesekali patah semangat.

Sebaliknya akan terus belajar bagi memantapkan lagi mutu lakonannya agar setanding dengan rakan pelakon yang lain.



“Memang dari dulu saya tak pernah ambil hati bila lakonan saya dikritik sebabnya kadang-kadang saya ada buat salah yang saya sendiri tak perasan.

“Saya rasa dah buat yang betul tapi mereka nampak ada salah sebab kita tak nampak bila diri kita dalam screen.

“Dari situ saya belajar untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. Macam kali ini saya bergandingan dengan Ali, kami sama-sama masih baharu jadi kami banyak belajar di antara satu sama lain,” katanya lagi.


Sumber: Media Hiburan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mendeluk 14-4-2022 07:51 AM
Nampak nama dia naik kan. Padahaaaal muka and personaliti tak berapa pon.
Quote saaya 14-4-2022 07:55 AM
Nampak TV3 memang suka naikkan muka2 basic ni...

I tengok iklan drama ni geli ampun. Nak tengok tu memang tidaklah gamaknya.
Quote mendeluk 14-4-2022 07:57 AM
saaya replied at 14-4-2022 07:55 AM
Nampak TV3 memang suka naikkan muka2 basic ni...

I tengok iklan drama ni geli ampun. Nak tengok tu  ...


Kena faham..
Kalau duduk malaysia orang bukan tengok bakat, tapi kalau chuols memenuhi citarasa netizen especially dari segi pakaian OR pandai bodek, naik ler cepat
Quote saaya 14-4-2022 08:03 AM
mendeluk replied at 14-4-2022 07:57 AM
Kena faham..
Kalau duduk malaysia orang bukan tengok bakat, tapi kalau chuols memenuhi citarasa ne ...

Yela I paham netizen2 Malaysia ni memang sukakan muka2 basic ni. Almaklum dekat dgn kehidupan dan dihati mereka gitu ... Namun jauhlah dihati I walaupun I jugak rakyat marhaen biasa. Pedulik apa I mmg suka tengok muka2 tak basic dan sejuk dihati selain bakat yang menjadi pilihan dihati. Ha gitu
Quote md_nana 14-4-2022 08:09 AM
Hari tu baca kat mana ntah katanya producer neh kena ambil pelakon yg jadi pilihan stesen tv. Nama dia ni ada juga kot tu yg balik2 dia je jd heroin walau hmmmm malas nak cakap
Quote cheezel 14-4-2022 08:18 AM
Kenapa heroin sekarang ni kurang umpph ek? Mostly cm budak baru tumbuh tetek. Dahla xde x factor. B o r i n g
Quote Kancilkering 14-4-2022 08:20 AM
murah kut bayaran….alang bole je deme casting pelakon
Quote makton 14-4-2022 08:24 AM
tak penah teringin pun nak tgk drama heshe
Quote kechikchomel 14-4-2022 09:55 AM
tajuk drama punnnnn
Quote Pak.dolla 14-4-2022 10:02 AM
Tak kenal le..not my level hahaha..
Quote yum3 14-4-2022 10:14 AM
tengok iklan pasal cter ni pun dah nampak kekayuannn rose oiiiii . Adoiiii.  Bawa2 lah p kelas lakonan dgn kak ogy ke saper ke . Adoiii dik . Choyyyy sgt lakunan ko... Tak tahu nak nangis ke nak  gelakkk
Quote AcikBuncit 14-4-2022 10:16 AM
Stesen tv biasa la ambk org yg instafemes. Ramai followers. Ramai la tgk, rating naik. Wlaupun kita xbkenan, tp sbnrnye ramai je pminat dia. Acik pn lme sgt dh xtgk drama2 tv.. 24jam lyn netflix je.. Huhu
Quote bankerpencen 14-4-2022 10:56 AM
Kalau tak makeup, below average sangat minah kayu ni. Dah la kaki plagiat. Tudung pun berterbangan depan jantan. Tak payah la agungkan perempuan takde moral macam dia ni
Quote Kancilkering 14-4-2022 11:08 AM
hero tu hensem le cam arab arab…up sket le dari pu yg terpaling heehehhhe
Quote pembacagosip 14-4-2022 11:52 AM
saaya replied at 14-4-2022 07:55 AM
Nampak TV3 memang suka naikkan muka2 basic ni...

I tengok iklan drama ni geli ampun. Nak tengok tu  ...

tertengok drama ni semalam. rasa mcm ntah apa2 kualiti drama tv3suku ni
Quote prizadane 14-4-2022 11:57 AM
yum3 replied at 14-4-2022 10:14 AM
tengok iklan pasal cter ni pun dah nampak kekayuannn rose oiiiii . Adoiiii.  Bawa2 lah p kelas lakon ...

iols terbaca ritu kat forum ni jugak.. ada orang tepek artikel budak rose ni masuk kelas lakonan Ellie Suriati kot.. ke sape entah.

semalam iols tengok cerita ni sebab iols kebosanan duduk sorang sorang dalam ward. mak ai...kayu kayan. tapi hero ni tasty la walaupun kayu
Quote Rogue98 14-4-2022 11:58 AM
Dah rezeki dia...biasa camni sekejap jer popular nye pastu next instafamous pulak yg ganti.
Quote Hoola 14-4-2022 12:10 PM
Tkpala..korg tgklah drma ni.achik tkmo
la ni ada bykkkk drama
Kt rtm pun best2
Quote casio2364 14-4-2022 12:14 PM
sesuai la jadi heroin drama drama cenggini....

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:17 PM GMT+8 , Processed in 0.088157 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top