Seorang wanita di Tasikmalaya, Jawa Barat menjadi tular di media sosial apabila dengan selamba mengenakan ‘baju kelawar’ ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan, lapor laman Wolipop.
Rakaman video itu dimuat naik oleh akaun Instagram @vidiowedding yang memaparkan wanita berkenaan naik ke pelamin dan bergambar dengan pasangan pengantin. Keberanian wanita itu mengenakan pakaian biasa tanpa berdandan ke majlis perkahwinan telah membuatkan pengantin perempuan menghulurkan wang sagu hati sebagai tanda terima kasih kerana sudi meluangkan masa singgah di kenduri mereka.
Menurut pemilik video, Fikri Rizaldi, wanita itu ialah jiran kepada pasangan pengantin dan sudah lama mengenali mereka.
|
ADVERTISEMENT