Enam hari lepas, viral video seorang pelajar perempuan dikenali sebagai Nisa, pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pelajar ini mendapat pujian ramai apabila dia menunjukkan kegigihannya untuk menghadiri kelas online dalam bonet kereta untuk mendapat isyarat Internet yang stabil.
Hal ini terjadi disebabkan oleh pelaksanaan Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) sejak bermulanya pandemik COVID-19 di mana para pelajar terpaksa meneruskan pembelajaran secara online. Pada awalnya, gadis ini tidak menyangka bahawa video yang dimuat naik akan tular di media sosial. Menurutnya, dia hanya mahu menunjukkan video hariannya mengikuti Online Distance Learning (ODL). Baru-baru ini, Nisa sekali lagi memuat naik satu video di Tiktok yang menunjukkan beberapa pensyarah yang bertanyakan adakah Nisa sekarang berada di rumah atau di bonet kereta. Mereka kelihatan sangat mengambil berat. Nisa juga sempat mengadu kepada pensyarah tentang videonya yang tular, tetapi reaksi pensyarahnya sangat sporting! Mereka juga menggalakkan Nisa untuk membuat content di Tiktok. Kini, semakin ramai pensyarahnya yang telah mula menjadi followers Nisa di TikTok. |
ADVERTISEMENT