CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Osama Yamani Tak Nak Masuk Campur, Sedia Jadi Orang Tengah Untuk Damaikan Zaki Dan Jamal Abdillah

13-4-2022 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5897| Komen: 32

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, penyanyi Yamani Abdillah mengambil langkah tidak masuk campur dalam perselisihan faham antara bapa, Datuk Jamal Abdillah dan adik tirinya, Zaki Yamani.


Yamani atau nama sebenarnya Osama Yamani Abdillah, 21, menghormati setiap pandangan yang dikeluarkan kedua-duanya dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.


Foto: IG

"Berat rasanya untuk saya bercakap tentang perkara ini kerana saya berada pada satu pihak yang berbeza.

"Saya tidak berani nak masuk campur kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Saya kena hormat setiap pandangan mereka," ujarnya ketika dihubungi mStar.



Sebagai anak sulung, Yamani berharap isu sebegini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.



Yamani juga terbuka untuk menghulurkan sebarang bentuk pertolongan jika ia boleh membawa sengketa tersebut ke titik perdamaian.

"Saya harap permasalahan ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Sebagai anak tidak salah jika Zaki sendiri yang pergi berjumpa ayah.



"Saya mahu melihat kami sekeluarga dapat hidup bahagia walau berlainan ibu.

"Jika diperlukan untuk selesaikan masalah ini, saya akan bantu," jelasnya.




Jamal kemudian mendakwa dia dihalang bertemu anaknya itu selepas bercerai dengan ibu Zaki iaitu Fatimatuzahra Samad.

Zaki menafikan hal tersebut dan memohon bapanya agar tidak bercakap perkara yang tidak benar tentang ibunya.



Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra Samad.

Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.


Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 13-4-2022 03:55 PM
pyh juga bila ada anak sana sini situ sini.. harap berdamai laa baik2. jamal pun dah bertitle skrg, trlebih mampu.
Quote midori_katana 13-4-2022 03:57 PM
Edited by midori_katana at 13-4-2022 07:24 PM

Tak ada whatsapp group family ke? Semua cerita kat wartawan je
Quote jalfa 13-4-2022 03:58 PM
Adik tiri apa reput...adik beradik la tu..bapak sama..sama benih...mana ade tiri
Quote edoraixora 13-4-2022 04:35 PM
anak bersepah, macam amy search jugak

moga yg baik2 aje lah, patutnya toksah involve media, bertambah keruh jadinya
Quote Prickford 13-4-2022 04:39 PM
midori_katana replied at 13-4-2022 03:57 PM
Tak whatsapp group family ke? Semua cerita kat wartawan je

Last option sebab Jamal tak jawap call & whatsapp.

Quote prettyuglybabe 13-4-2022 04:49 PM
jadah adik tiri.. dah sah-sah satu bapak..
Quote annadonna 13-4-2022 05:03 PM
Osama Yamani ni lebih rapat dgn ayah dia. Waktu dia sekolah kat sekolah seni johor dulu Jamal rajin gak ulang alik. Siap nyanyi free lagi dlm occasion tertentu demi nak entertain sekolah anaknya. Celah mana dia tak peduli anak. Pasal tu osama malas nak komen. Ntah ntah si zaki ni mak dia yg angkara. Entah lerrr
Quote laksmanabentan 13-4-2022 05:05 PM
prettyuglybabe replied at 13-4-2022 04:49 PM
jadah adik tiri.. dah sah-sah satu bapak..

wartawan ntah apa2 ntah.....
takde tauliah wartawan kott... itu yg adik tiri...
ahhahaha...
Quote sleepandream 13-4-2022 07:04 PM
kata tak side mana2... tapi kata as anak tak salah zaki sendiri pegi jumpa ayah...
bukan ke budak tu dah wasap ayahnye semua siap pos rindu rinduan dekat IG tapi ayahnya bolayan?

tokmal pun... raya kan sebulan... bahagi2 la.. kalau taknak dtg rumah ex, jemput anak2 tu dtg rumah beraya sama
Quote midori_katana 13-4-2022 07:25 PM
Prickford replied at 13-4-2022 04:39 PM
Last option sebab Jamal tak jawap call & whatsapp.

oo.. bapa tak bertanggungjawab rupanya.. ada anak baru, ada lama dilupa..
Quote doubleharmonic 13-4-2022 08:11 PM
lasagna replied at 13-4-2022 07:55 AM
pyh juga bila ada anak sana sini situ sini.. harap berdamai laa baik2. jamal pun dah bertitle skrg,  ...

siti situ sana sinun tersenyum sinis

[youtube]Lg_Eq43dl3o[/youtube]

Quote sunshinelady 14-4-2022 05:09 AM
half-siblings. sama 1 parent but berlainan the other parent. common sangat kat overseas. dah jadi almost budaya jugak di malaysia.
Quote lasagna 14-4-2022 08:13 AM
doubleharmonic replied at 13-4-2022 08:11 PM
siti situ sana sinun tersenyum sinis

iols koser nk tulis nama penyanyi bernombor ittew.. tak berkenan.. sekian. hihi
Quote Suchi 14-4-2022 08:22 AM
annadonna replied at 13-4-2022 05:03 PM
Osama Yamani ni lebih rapat dgn ayah dia. Waktu dia sekolah kat sekolah seni johor dulu Jamal rajin  ...

Itu iols pelik, si Osama tu sokmo puji Babah dia baik lah itu itulah inilah. Dia pun nampak happy je ngn keluarga baru babah dia tu. Kemain sayang kat adik2 baby dia tu.
Bulan2 puasa ni elokla berbaik2 anak beranak, rendahkan ego memasing.

Quote makton 14-4-2022 08:34 AM
bincang la elok2. yg ex wife jgn masuk campur. biar tokmal & anak je bincang sesama deme.
Quote buragazz 14-4-2022 10:49 AM
Payah kalau mencelup banyak tempat ni.. at the end either baik or jadi camni...
Quote kiah_mai_pulak 14-4-2022 10:52 AM
dah tu tokjamal ni smpai ari ni x jenguk2 anak nya si zaki ke? sanggup berbalas kenyataan kat socmed je?? dasarr bekas penagih
Quote Pak.dolla 14-4-2022 10:57 AM
Tok mal ni dulu apaknya duta kt brunei kan? Tok mal ni lahir kat brunei kalau x silap tau..
Quote hanihan16 14-4-2022 11:58 AM
suka beno dia dengan nama yamani tu kan

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 01:42 PM GMT+8 , Processed in 0.106874 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top