Pada zaman ini, terdapat segelintir lelaki yang menjanjikan bulan dan bintang di saat mahu menikahi seorang perempuan tetapi sebaik sahaja berkahwin, mereka sanggup jadikan isteri mereka seperti orang gaji. Isteri mereka terpaksa memikul tugas mengemas rumah, memasak, menjaga anak sehinggalah mencuci baju. Lelaki seperti ini hanya tahu memberi perintah dan tidak mengamalkan sikap toleransi dalam rumahtangga.
Namun tidak semua lelaki seperti itu. Mungkin kita pernah terjumpa atau kenal dengan lelaki yang menganggap dia 'raja' di dalam rumahtangga. Namun, banyak lagi lelaki yang baik di luar sana yang mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang baik. Seperti kisah seorang wanita dari Indonesia yang berkahwin dengan lelaki berasal dari negara Jerman. Baru-baru ini wanita yang dikenali sebagai Anditahp telah memuat naik video mengenai suaminya di akaun Tiktok miliknya. Suaminya sangat berbeza dengan suami-suami tipikal. Wanita itu mengaku suaminya itu sangat memahami bahkan tidak pernah memaksa dirinya untuk melakukan kerja rumah sekiranya dia letih bekerja dan sebagainya. Menurut wanita ini, dahulu dia pernah dinasihati oleh ibunya agar menjadi seorang isteri yang taat dan perlu cekap memasak untuk suaminya kelak. Namun wanita ini sangat bertuah kerana mengahwini seorang lelaki yang ringan tulang dan tidak pernah meletakkan beban kerja rumah itu kepadanya. Walaupun suaminya baru bergelar seorang mualaf, suaminya sangat rajin beribadat dan mahu mengenali agama Islam dengan lebih mendalam. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap mereka akan bertemu jodoh sebaik itu satu hari ini. Semoga nilai baik yang ditunjukkan oleh suami Puan Anditah menjadi ikutan buat lelaki di luar sana. -CARI
|
Seperti kisah seorang wanita dari Indonesia yang berkahwin dengan lelaki berasal dari negara Jerman. Baru-baru ini wanita yang dikenali sebagai Anditahp telah memuat naik video mengenai suaminya di akaun Tiktok miliknya.
Zack8hunter replied at 13-4-2022 06:06 PM
mat saleh kan psl nafkah diorg buat mcm mana yer? mmg kongsi half-half ke utk pembelanjaan rumah..or ...
adelea replied at 13-4-2022 10:27 PM
Mana ada share ... Mostly laki yg sediakan semua ...bini top up2 itu pon sbb nak bantu ..
Jadi lak ...
Zack8hunter replied at 13-4-2022 06:06 PM
mat saleh kan psl nafkah diorg buat mcm mana yer? mmg kongsi half-half ke utk pembelanjaan rumah..or ...
Eva_yy_Ellin replied at 14-4-2022 07:44 AM
Bergantung, sama macam kita juga. Kalau mampu, suami tanggung semua. Kalau tak mampu, kongsi-kongs ...
adelea replied at 13-4-2022 10:25 PM
Aku tgk kebanyakan boss mat saleh alu semua baik baik belaka ....
Wpun kat opis deme la head of seg ...
uda replied at 14-4-2022 10:31 AM
Betul tu.
And lagi satu kan mereka selalu jokes yang 'wife boss no 1 kat rumah', semua takut wife, ...
Zack8hunter replied at 13-4-2022 05:06 AM
mat saleh kan psl nafkah diorg buat mcm mana yer? mmg kongsi half-half ke utk pembelanjaan rumah..or ...
ADVERTISEMENT