Hanis Zalikha mohon orang ramai jangan salah anggap dengan melihat perwatakannya sebagai seorang yang lebut. Hanis kata dia memang lembut tapi sebenarnya tegas dan cara itu digunakan untuk mendidik anak-anaknya.
Kata Hanis, dia dan suaminya, Hairul Azreen ada cara tersendiri dalam mengajar anak-anak supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. "Ada yang kata 'lembutnya dengan anak-anak'... tapi sebenarnya bukan lembut. Saya tak garang tapi lebih tegas. Memang kena tegas bila bab nak didik anak.
"Jangan rasa saya ini lembut sangat sebab sebenarnya saya seorang yang tegas. Kalau saya kata tak boleh, maknanya memang tak boleh. Cuma cara saya cakap dengan nada yang tidak tinggi. "Selalunya kalau kami marah anak, sebelum tidur akan bincang balik apa kesalahan. Supaya lain kali mereka tahu apa salah dan apa nak buat," katanya kepada mStar.
|
md_nana replied at 14-4-2022 08:07 AM
Hahhaha suka aku baca komen2 korang neh.
makadek replied at 14-4-2022 09:05 AM
Saja nk ckp pagi ni anak aku merempan tknak gi sek..
Ok tak apa..
ADVERTISEMENT