Berjaya mengekalkan kemantapan vokal di usia 57 tahun, penyanyi bersuara emas, Ramlah Ram, mengakui sering mengamalkan pengambilan cengkih sebagai kaedah menjaga suara.
Kata Ramlah, petua tersebut merupakan amalan ibunya yang diturunkan kepadanya sejak sekian lama. “Ibu saya seorang yang rajin membaca Al-Quran. Pada ketika dia alami sakit tekak, dia akan kumam cengkih. Itulah ubat batuk yang dia amalkan. “Dia juga berpesan benda yang sama kepada saya. Secara tak langsung, sejak dulu sampai sekarang, saya juga amalkan cengkih lebih-lebih lagi bila tekak rasa tidak selesa.
“Jadi, saya akan bawa cengkih dalam beg ke mana sahaja saya pergi. Risau juga, orang salah faham. Ingat saya buat tangkal atau apa,” katanya berseloroh.
|
ADVERTISEMENT