CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayu Raudhah Dituduh Queen Control, Halang Suami Jadi Pelakon?

13-4-2022 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2364| Komen: 11

Pemain bola sepak yang juga selebriti media sosial, Zaquan Adha, 35, menepis pandangan salah orang ramai apabila dia dikatakan tidak mahu menerima sebarang tawaran berlakon hanya kerana dilarang oleh isteri, pelakon, Ayu Raudhah.


Zaquan menjelaskan, isterinya yang juga adik kepada selebriti popular, Rozita Che Wan, tidak pernah menghalang jika ternyata dia memang berhasrat untuk melangkah ke dunia seni lakon memandangkan pelawaan demi pelawaan itu ada.


Foto: IG

“Salah tu…Ayu tak pernah halang pun kalau saya memang betul nak jadi pelakon. Bila masa pula dia tak bagi. Saya akui, memang ada sahaja tawaran itu datang. Banyak kali. Tapi saya sendiri yang tidak mahu buat.


“Saya pernah ikut Ayu pergi set penggambaran dan ia mengambil masa yang sangat lama. Saya rasa diri ini tak sesuai untuk jadi pelakon sebab saya bukan jenis yang boleh menunggu tanpa berbuat apa-apa.

“Saya seorang yang aktif. Tak yakin untuk berlakon. Kalau untuk kempen iklan bolehlah dan pernah sahaja saya terima. Itu pun saya bawa juga Ayu temankan di set sebab dia yang akan tunjuk ajar macam mana nak bergaya depan kamera,”katanya.



Zaquan berkata demikian semasa ditemui dalam satu sesi bertemu media di ibu kota bersama Ayu Raudhah bagi memperkenalkan jenama baju kurung ByLR.

Selain itu, ditanya mengenai naskhah drama yang pernah ditawarkan kepadanya, kata Zaquan, ia membabitkan penghasilan jalan cerita yang menyentuh mengenai dunia sukan bola sepak.

“Ya, saya tahu, orang akan tanya kenapa tak nak ambil? Bukankah ia berkaitan dunia bola sepak? Jawapan saya tetap akan sama. Tak nak. Kalau Ayu beri lampu hijau sekali pun, saya sendiri yang tak nak berlakon.


Dalam pada itu, Zaquan juga mengulas pertanyaan mengenai kerjaya seni Ayu yang dilihat semakin perlahan dan kaitannya dengan petanda untuk berhenti berlakon.

Jelas kembar kepada Aidil Zafuan ini, dia juga tidak pernah melarang isterinya untuk meneruskan aktiviti seni cuma keadaan pada waktu ini menyaksikan kedua-dua mereka lebih selesa untuk menguruskan keluarga dan perniagaan yang diusahakan.


“Dia pun sama, selalu saja ada dapat tawaran berlakon, cuma masa tidak mengizinkan. Kami berdua sekarang sibuk dengan keluarga dan perniagaan. Terus-terang saya memang tak ada masalah kalau Ayu nak kembali berlakon, saya sokong.

“Tapi, kalau dia berlakon, apa yang saya risaukan ialah masanya dengan saya dan anak-anak.Sebab apa-apa pun, saya nak dia letak keutamaan itu pada suami dan anak. Ayu ini pula, kalau nak bergerak ke mana-mana pun, dia nak saya ada.

“Dia ini boleh saja memandu kereta sendiri, tapi dia malas. Apa-apa pun, dia memang nak saya sentiasa dengan dia. Pernah terfikir untuk mudahkan urusan dia bergerak dengan menyediakan pemandu peribadi, tapi risiko juga atas faktor keselamatan isteri,”katanya.


Untuk info, Zaquan dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, setahun. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-4-2022 03:01 PM
Oo agaknya masa kat toilet adegan cikcap tu screen test oleh bini lah yer?
Quote namr 13-4-2022 03:15 PM
Dia nak berlakun film dewasa?
Quote jalfa 13-4-2022 03:35 PM
Aummm.....ehhhh poser dekkk
Quote m2506 13-4-2022 04:29 PM
baikla aaaaaaa
Quote samshik 13-4-2022 08:10 PM
Nasib ko lah.. Lenkali cikcap lagi.. Smpai skrg kenot tgk muke ko...
Quote doubleharmonic 14-4-2022 12:34 PM
berlakon bideo cikcap tu ko tak nak halang pulak?
Quote makton 14-4-2022 01:39 PM
elok la. kitorang pun taknak tgk muka kau berlakon
Quote cashewnut 14-4-2022 09:35 PM
Ewwww sape nak tengok hero bapak anak berderet. Tak hot le. Ngeri
Quote lattehazelnut 14-4-2022 09:52 PM
Ko pun bukan selamanye main bola..
Dgn anak berderet.. boleh la jd pelakon nanti untuk sara anak2.. tp jgn pasang scandal pulak..
Quote Suchi 14-4-2022 09:58 PM
Fokus besarkan anak2 jelaa ank2 ramai tu lebih memerlukan perhatian drpd mak pak.
Quote dudaberhias 14-4-2022 10:01 PM
sesekali pun kaka tak percaya ayu yang queen control sebab dia takde apa yang perlu rasa rugi putik jagung dan baby carrot je pun... lain la pisang tanduk atau lobak masin

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056582 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top