Impian pelakon dan penyanyi Arja Lee, 39, menceburi bidang akademik menjadi kenyataan apabila dia kini bergelar pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sejak beberapa bulan lalu.
Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli berkata, dia memang sudah lama menyimpan hasrat untuk menabur ilmu kepada generasi muda berbekalkan pengalaman menjadi insan seni. "Alhamdulillah, UMK menawarkan saya untuk berkhidmat menjadi pensyarah dalam bidang seni persembahan. Saya pun baharu saja menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang itu. "Saya melihat tawaran itu satu rezeki yang cukup bermakna kerana inilah masa untuk berkongsi ilmu sebagai anak seni. Saya ingin melihat anak-anak muda kita bersedia dan cukup serba-serbi terutama yang ingin menceburi bidang seni.
"Saya berazam memikul tanggungjawab sebagai ahli akademik sebaiknya dan berbakti dengan ikhlas menabur ilmu. Jalan sudah terbuka dan saya perlu memanfaatkan sebaiknya kepercayaan diberikan UMK ini," katanya.
|
akuMNdia replied at 13-4-2022 02:38 PM
Tahniah laaa...
UMK hokayyyy.. bukan kolej shoplot!!
ADVERTISEMENT