Uda kesal dengan sikap individu terbabit yang memberikan anaknya makan kurma dan buah pear atas alasan beri bayi rasa. Malahan, apabila ditegah, individu itu membidas dengan mengatakan orang dulu lakukan perkara sama tetapi semuanya baik-baik sahaja.
"Doakan baby Uda sihat. Stress kalau orang pandai-pandai usik baby kita. Ikutkan hati nak je Uda saman. Baby enam bulan jangan nak memandai bagi makan bagi rasa bagi segala tok nenek, faham? Anak orang, bukan anak awak!
"Sekarang warded sebab baby dah berak darah. Bila kita marah cakap la konon orang dulu ok je, orang bandar tak reti apa? Penangan konon nak bagi rasa kurma dan buah pear. Lain kali buat kat anak sendiri. Jangan usik anak orang.
"Ingat baby besar gemuk gedabak dia boleh makan ka? Dia baru empat bulan kot. Kenapa tak suap asam pedas, McD, KFC?
"Babyi cirit birit lebih dari 30 kali. Cirit berdarah pun banyak kali. Kita normal cirit 3-4 kali pun dah lembik badan nak berdiri, pedih jangan cerita. Inikan pula 30 kali. Lemahnya semangat bila tengok anak yang ditunggu selama lapan tahun jadi macam ni," tulisnya.