Betapa terujanya peminat apabila Lewis Hamilton 'turun' ke Kuala Lumpur.
Malah, ada yang begitu taasub hingga sanggup membeli kerusi plastik yang didakwa digunakan juara dunia F1 tujuh kali itu pada harga RM2,888.88! Menurut laporan Kosmo Online, kerusi plastik berwarna hitam itu dibeli menerusi Shopee dalam masa kurang 12 jam ia disenaraikan di platform e-dagang berkenaan. “Gila la, itu kalau ada peluh Lewis Hamilton jatuh atas kerusi itu, mesti lagi puluhan ribu harganya, barang ‘rare’ jarang jumpa di Malaysia, harga kena kasi tinggi. “Ini kalau Justin Bieber datang Malaysia, aku nak suruh di duduk dalam kereta jenis Proton Saga aku, lepas itu nak jual sama harga kereta Ford Mustang. “Untung jadi selebriti peminat ramai, kau duduk atas kerusi plastik pun harga macam deposit kereta orang jual balik, memang barangan bundle lebih mahal dari barangan baru," antara komen dipetik Kosmo Online. Semalam, kecoh dalam kalangan peminat sukan permotoran F1 apabila Hamilton dilihat berada di salah sebuah stesen minyak Petronas di ibu kota. - CARI
|
ADVERTISEMENT