CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bengang Dituduh Lari Bayar Hutang! Mawar Karim Dakwa Difitnah, Siapa 'S'?

13-4-2022 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5511| Komen: 29

Susulan dakwaan lari daripada membayar hutang berjumlah RM720,000, usahawan Mawar Karim tampil mempertahankan diri dengan mendakwa difitnah seorang individu yang digelar ‘S’.


Mawar atau nama sebenarnya Mawar Abdul Karim, 33, berkata, individu bernama ‘S’ itu mempunyai niat tertentu yang bertujuan mahu memalukannya.

Dakwa Mawar, ini bukan kali pertama dia difitnah sedemikian.


Foto: IG

“Wahai S, tak habis-habis lagi create cerita fitnah fasal saya. Last year SJR (sekatan jalan raya), cukup setahun fasal lari hutang, tiba-tiba mai (datang) bankrup pula dah.


“Nak bagi saya malu satu Malaysia, jangan one day terbalik pula ceritanya. Orang tahu siapa gerangan S ni,” tulisnya di Instastory pada Rabu.


Pada Selasa, mStar melaporkan bekas isteri pelakon Fizo Omar itu berdepan dengan tindakan pengisystiharan bankrap selepas didakwa ingkar perjanjian dan tidak membayar pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang sahabat.

Mawar didakwa meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.



Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, Mawar gagal untuk melangsaikan hutangnya.

Justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada Mawar namun tiada jawapan.

Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.



Untuk rekod, pada Mei tahun lalu, Mawar dituduh mempunyai hubungan istimewa dengan pemimpin politik Pas.

Gosip itu tular di aplikasi WhatsApp mendakwa usahawan itu berada dalam sebuah kenderaan bersama Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali semasa melalui SJR Perasing, Kemaman, Terengganu.

Bagaimanapun, Mawar menjelaskan perkara tersebut fitnah dan dia berada di Kuala Lumpur pada tarikh tersebut. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 13-4-2022 11:26 AM
aikkkk kalau fitnah takklah boleh bawak smpai g mahkamahh?
Quote jalfa 13-4-2022 11:33 AM
Siapa nabil tu..banyaknya duit...payong akak sekali dekkk
Quote mizruncing 13-4-2022 11:37 AM
pulakkkk dahh...
Quote SpyLeman 13-4-2022 11:47 AM
Dia ni lawa dan berduit tapi tak dak aura dan classy vibes. Rasanya kalau dia tak kerap meluah hal personal kt socmed, dia lebih dihormati dan dikasihani
Quote likilu 13-4-2022 11:49 AM
Saleha
Sandha
Sajat
Saleh
Sipijo
Quote lasagna 13-4-2022 11:56 AM
lohhh pitenah pulok di bulan pose ni.. if pitenah dia kena clear kan segalanya jika tak betul.
Quote None68 13-4-2022 12:05 PM
Proceed saman je la
Quote chikumanis 13-4-2022 12:18 PM
maaf nak tanya, both parent mawar ni masih ada lagi ke?
Quote fossil 13-4-2022 12:21 PM
S = Sizo Omar
Quote epal_putih 13-4-2022 12:35 PM
Kena saman pulok tu guane
Quote likilu 13-4-2022 12:42 PM
SpyLeman replied at 13-4-2022 11:47 AM
Dia ni lawa dan berduit tapi tak dak aura dan classy vibes. Rasanya kalau dia tak kerap meluah hal p ...

Muka tak exclusive terjegil jegil tepi highway mana nak nampak classy nya

Lepastu selalu live masak masak cakap Penang pekat pulak tu
Quote kotakominami 13-4-2022 12:46 PM
Kiranya peguam tu semua menipu lah ye...tak baik tau
Quote laksmanabentan 13-4-2022 01:09 PM
S = Suami

suami sebelum??
ker suami skrg tu??

suami cemburu ekkk... hahaha...
Quote TeROtErOBoZu 13-4-2022 01:50 PM

kelako la yang ni..
sizo pun sizo lah
Quote edoraixora 13-4-2022 01:54 PM
peguam yg bagi statement, menipu mende nya
lain lah gosip mulut ke mulut
Quote pembacagosip 13-4-2022 02:04 PM

hahahhaha ni lawak
Quote takayama 13-4-2022 02:20 PM
klu fitnah knp writ saman dah difailkan
ada benda lain lg ke selain psl hutang duit ni
Quote orkidorkido 13-4-2022 02:47 PM
Fitnah apa nya? Dah fail kes di mahkhamah pun fitnah lagi ke? Patutlah orang marah nak saman, tak mengaku berhutang
Quote orkidorkido 13-4-2022 02:47 PM
fossil replied at 13-4-2022 12:21 PM
S = Sizo Omar

Sizo pun boleh lah

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.120545 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top