CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ingat Lagi Dengan Johan Abdullah? Menderita Parkinson Dan Angin Ahmar, Anak Isteri Bakal Merempat

13-4-2022 10:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7176| Komen: 41

"Ke mana saya sekeluarga nak pergi?" Pelakon yang biasa memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan, Johan Abdullah, yang kini menderita penyakit Parkinson dan angin ahmar buntu memikirkan tempat tinggal selepas ini.


Menurut Johan, 73, rumah sewa yang diduduki bersama isteri, Sarepah Meriam Aboo, 49, dua anaknya, Abdullah Musa Johan, 11, dan Orchid Raihani Johan, 6, sejak 2008 di sini, akan dijual pemiliknya.


Foto: Harian Metro

"Kami sekeluarga cuba berbincang dengan pemilik rumah, namun kami diberi tempoh selama tiga bulan oleh tuan rumah untuk mencari rumah baharu dan mengosongkan rumah.


"Manalah kami nak tinggal selepas ini kerana kami tiada pendapatan tetap malah isteri ada terfikir buat sementara waktu ini nak buat rumah kongsi di tanah lot milik saya di Kampung Gadong tidak jauh dari sini," katanya.

"Bukan mudah mencari rumah baru yang perlu menyediakan duit bayaran muka atau 'deposit' kerana saya sudah lama tidak bekerja dan juga persekolahan kedua anak kami," ujar pelakon watak 'orang putih' yang senonim dengannya.

Menurut isterinya, Sarepah, mereka sekeluarga mula hilang sumber pendapatan sejak suami jatuh sakit pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua tahun lalu.


Foto: NST

"Kami sekeluarga sebelum ini meneruskan hidup dengan duit upah menulis dokumen kerajaan dan upah berlakon diterima suami.

"Tapi bila suami sakit memang terputus langsung sumber pendapatan dan bila memikirkannya buat saya jadi sedih kerana saya sendiri turut menghidap penyakit tulang belakang yang mana pergerakan agak terbatas.

"Lagipun kami ada dua anak masih bersekolah perlu ditanggung berusia 11 dan enam tahun," katanya.

Oleh kerana itu menjadi hasrat Johan untuk berlakon semula supaya dapat menampung hidupnya sekeluarga.

Apabila mengenang keadaan Johan membuatkan Sarepah sayu lebih-lebih lagi dengan keadaan dirinya juga yang tidak lagi sekuat dulu sejak diuji penyakit tiroid dan 'slipped disc' (cakera teranjak).

"Selagi Allah bagi saya kudrat untuk jaga suami, saya akan terus pikul tanggungjawab ini dan saya rela hadapi dugaan ini, biarlah kami susah senang bersama.

"Cuma yang saya risau kalau keadaan kesihatan saya yang tidak sekuat dahulu untuk menjaga abang Johan yang lebih memerlukan kerana kalau saya kuat tidak mengapa, tapi sekarang saya pun tak sihat," katanya.

Sarepah berkata, mereka pernah menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) dan Persatuan Artis yang diketuai DJ Dave.

"Terima kasih kepada mereka yang mengambil berat termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memahami keadaan kami sekeluarga.

"Saya harap abang Johan segera sembuh seperti sediakala dan dia dapat melepaskan rasa rindu kembali berlakon," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AshkieLa 13-4-2022 10:31 AM
semoga urusan dipermudahkan...
Quote Acikgomen 13-4-2022 10:32 AM
Matsalih betul kan heshe
Quote RinIna 13-4-2022 10:38 AM
Betul ke umur dia dah 73??
Quote chandrahusin 13-4-2022 10:39 AM
73 umo
anak2 kecik lagi
moga dipermudahkan urusan keluarga ni
Quote manehnya 13-4-2022 10:41 AM
anak2 comel betul
Quote SherryZass 13-4-2022 10:41 AM
aduhai, alahai..kecik2 lagi anak. Semoga Allah mudahkan urusan mereka sekeluarga
Quote naina 13-4-2022 11:12 AM
Anak umur 6 dan 11 tahun
Skng bini umur 49
Means beranak umur 38 dan 43 tahun
Subur ya..cantik Comey herlokkkkk
Quote jalfa 13-4-2022 11:15 AM
Kesiannya bini slip disc kena jaga org sakit.tabahla kak
Quote stania83 13-4-2022 11:20 AM
Comelnyaaa men berlakon iklan anaknya dapat juga ribunribu
Quote maslo 13-4-2022 11:22 AM
chandrahusin replied at 13-4-2022 10:39 AM
73 umo
anak2 kecik lagi
moga dipermudahkan urusan keluarga ni

semoga di permudahkan segala urusan
Quote nanasno 13-4-2022 11:26 AM
kesian nya. semoga dipermudah kan urusan. johan abdullah ni mix mat saleh mana ya. mat salleh sungguh muka nya
Quote vanillaninja 13-4-2022 11:30 AM
Semoga dipermudahkan urusan 1 family. Comel sangat the kids!
Quote helicornia 13-4-2022 11:31 AM
kalau ada no acc bole la jugak bagi sumbangan
Quote white_musk 13-4-2022 11:38 AM
Dia ini asal dari mana? Di negara asalnya dia tiada apa apa kah?
Quote lasagna 13-4-2022 11:41 AM
allahu kesiannya dia.. igt dia jer sakit, wife pun sama. nak tak nak kena cari duit gak laa, sbb anak nak membesarkan. tp tu lahh tuan rumah plak nk jugal ruma sewa tu. moga keluarga ni kuat dgn dugaan ni.
Quote mamajawie 13-4-2022 12:41 PM
nanasno replied at 13-4-2022 11:26 AM
kesian nya. semoga dipermudah kan urusan. johan abdullah ni mix mat saleh mana ya. mat salleh sunggu ...

tak silap dia memang mat saleh betul..asal nz ke aussie lupa la..tapi kan dia ni da penah kawen 1st bini meninggal..takkan la masa kawen dulu takde anak2 da besar?

Quote elzy 13-4-2022 12:42 PM
SEREMBAN: Pelakon 'mat saleh' yang fasih bertutur bahasa Melayu tetapi pelat dalam filem lakonannya, Johan Abdullah,

kini mengalami masalah kesihatan akibat angin ahmar yang berpunca daripada Parkinson, sejak April lalu.

Johan, 73, yang berlakon filem terakhir berjudul '29 February', kini tinggal menyewa sebuah rumah di Taman Mantau Indah 2, Seremban.

"Sekarang semua lakonan saya tinggal kenangan dan tidak mampu lagi berdiri lama akibat penyakit angin ahmar ini, sejak April lalu," katanya yang berasal dari Christchurch, New Zealand.

DISYORKAN UNTUK ANDA

Menurut Johan, beliau memulakan kerjaya lakonan secara tidak sengaja apabila mengunjungi rakan yang bertugas di Radio Television Malaysia (RTM), pada 1976.

"Saya sering berkunjung ke RTM kerana ramai kawan kerja di sana dan mereka menawarkan saya berlakon dan mewarnai seni lakon tanah air.


"Kemunculan saya dalam drama ketika itu ibarat pepatah Melayu, yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek kerana sejak itu, satu persatu saya berlakon dalam drama dan filem," katanya yang bekerja sebagai Jurutera Elektronik ketika itu.

Katanya, beliau memang suka berlakon dan banyak memegang watak sebagai pegawai Inggeris atau watak bapa keturunan Inggeris sesuai dengan perwatakan dan tutur bicaranya pelat Inggeris.

"Antara filem hangat saya pernah berlakon ialah filem 'Fenomena' (1999) bersama Ramona Rahman sebagai anak dan Amy Search yang popular dengan lagu 'Isabella'.

"Saya juga pernah berlakon dalam filem perang 'Leftenan Adnan' arahan Aziz M Osman dengan kerjasama Kementerian Pertahanan yang menelan kos RM2.5 juta," kata bapa kepada sembilan anak dan datuk kepada 22 cucu itu.

Johan datang ke negara ini pada 1974, menegaskan berkata beliau masih mengutamakan karier terlebih dahulu, namun apabila ada tawaran berlakon ia tidak mampu menolak.

"Lama-kelamaan bila ada tawaran saya perlu meneliti dahulu skrip sebelum menerima sesuatu watak bergantung kepada jalan ceritanya terlebih dahulu," katanya.

Johan berkata, ada yang bertanya bagaimana dia mampu berbahasa Melayu baik walaupun masih pelat Inggeris.

"Semuanya bermula apabila saya berkahwin dengan arwah isteri, Hadijah Atan pada 1974 dan menetap di Sepang ketika itu dan dikurniakan sembilan cahaya mata.

"Isteri meninggal pada 2010 akibat penyakit barah dan saya kemudian berkahwin lagi dengan isteri sekarang, Sharifah Mariam Abu, 47, dan dikurniakan dua anak, Orkid Raihani Johan, 4, dan Abdullah Musa Johan, 9, dan kini tinggal menyewa sebuah rumah di Taman Mantau Indah 2," katanya.

Sementara itu, Sharifah Mariam, berkata kehidupan mereka sekarang amat sukar kerana tiada pendapatan tetap dan hanya bergantung kepada hasil sewaan rumah di Salak Tinggi, Sepang.

"Rumah itu disewakan RM550 dan kami membayar sewa rumah ini dengan RM500 sebulan. Keadaan bertambah sukar apabila suami tidak lagi boleh berlakon dan kadang-kadang anak ada yang membantu.

"Kami bernasib baik kerana jiran di taman ini sangat baik dan selalu membantu jika kami kesempitan malah banyak bil utiliti yang tertunggak termasuk sewa rumah.

"Suami saya (Johan) bukan jenis orang yang suka meminta bantuan dan saya amat berharap agar persatuan artis seperti Seniman dapat membantu bagi meringankan beban suami yang kini berjalan perlu menggunakan tongkat," katanya ketika ditemui selepas menerima sumbangan berupa barangan dapur dan susu anaknya daripada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) di rumahnya di sini, hari ini.

Orang ramai yang ingin menyumbang bagi meringankan beban mereka sekeluarga boleh menghubungi Sharifah Mariam di talian 013-3126721

Quote mamajawie 13-4-2022 12:44 PM
https://mykmu.net/2020/11/19/pel ... hmar-mohon-bantuan/

anak2 dengan arwah bini 1st ada 9 anak..takkan la sorang x boleh tolong bapak dia ni?
Quote annehuda 13-4-2022 12:47 PM
mamajawie replied at 13-4-2022 12:44 PM
https://mykmu.net/2020/11/19/pelakon-mat-saleh-johan-abdullah-hidap-angin-ahmar-mohon-bantuan/

anak ...

"Rumah itu disewakan RM550 dan kami membayar sewa rumah ini dengan RM500 sebulan. Keadaan bertambah sukar apabila suami tidak lagi boleh berlakon dan kadang-kadang anak ada yang membantu.


kalau ikut berita atas tu mmg ada tolong

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.110090 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top