Siapa yang tidak kenal dengan pelakon popular iaitu Izara Aishah? Memang tidak dinafikan bakat Izara sebagai anak seni yang sangat professional dalam kerjayanya. Memang tidak perlu dipertikaikan lagi mengapa Izara menjadi antara pelakon kegemaran ramai. Walaupun karier Izara dalam dunia seni semakin melonjak naik, namun sikap Izara Aishah yang sangat merendah diri sejak dari dahulu menyebabkan dia sangat disenangi oleh peminatnya. Apatah lagi jika kita mendengar Izara bercakap, setiap tutur katanya sangat lemah lembut. Hal ini menyebabkan Izara Aishah sentiasa menjadi perhatian dan ikutan peminat di media sosial terutamanya sejak dia sudah berhijab. Baru-baru ini, ketika Izara Aishah sedang membuat live di Instagram, dia mendapat pertanyaan dari peminat mengenai percakapannya yang lembut. ![]() Sumber: Instagram Izara Aishah "Sebelum berhijrah Izara memang cakap lembut jugak ke?" Izara Aishah menjawab memang sejak kecil lagi dia sudah bercakap sebegini, tiada apa yang berubah tentang dirinya kecuali cara pemakaiannya. Betul-betul lengkap pakej, Izara Aishah sememangnya dilahirkan dengan wajah yang cantik dan sopan-santun. Semoga Izara Aishah sentiasa kuat dalam penghijrahannya dan berjaya di dunia dan akhirat. -CARI |
lasagna replied at 13-4-2022 11:59 AM
ooo ye la dia ni kan kalau bercakap dgn nada lembut2, lentok2 gitu, cuma bila berlakon jer laa lain2 ...
anony-mous replied at 13-4-2022 05:45 PM
I xboleh tgk dia berlakon sbb suara n intonasi dia ni la
lasagna replied at 13-4-2022 05:49 PM
kannnn.. tp bila dlm watak serious ke or dia tgh marah pun, iols tetap dgr sheol as soft sesgt.. xm ...
ADVERTISEMENT