Kita kalau main permainan video, selalunya kita main untuk mengurangkan stres harian ataupun mahu mengisi waktu lapang, tetapi ada beberapa permainan video yang pada mulanya seronok tetapi boleh bertukar menjadi ganas.
Permainan video seperti FIFA, Rainbow Six Siege, Valorant, DOTA, Darkest Dungeon terkenal dengan buat "gamers" jadi baran.
Baru-baru ini di media sosial Twitter ada video tular yang memaparkan seorang lelaki kelihatan berang sewaktu bermain FIFA sehingga menyebabkan TV di ruang tamu menjadi mangsa berang lelaki itu. Lelaki itu jelas tidak puas hati dengan keputusan akhir FIFA, dia terus mencampakkan controller PS5 kepada karpet mainan kanak-kanak dan secara kebetulan melantun tepat ke arah TV kemudiannya TV itu terus rosak akibat perbuatan. Difahamkan, perbuatan itu mengejutkan ramai netizen kerana menganggap lelaki itu tidak pandai menjaga emosi dan risau jika ini adalah perkara yang biasa baginya, tetapi pemilik akaun itu beritahu lelaki itu bukanlah seorang yang ganas dan bukan jenis suka mencampak barangan seperti yang dilabel oleh beberapa netizen di Twitter. Tambahan pula, ramai netizen mengambil iktibar bahawa hobi permainan video bukan murah dan jika rosak, memang amat sukar dan mahal untuk ganti. -CARI |
ADVERTISEMENT