Lebih seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa, semakin ramai yang mahu melipatgandakan amalan masing-masing di bulan Ramadan.
Ini termasuklah amalan bersedekah dan memberi sumbangan untuk tujuan kebajikan seperti di rumah anak yatim dan pusat tahfiz. Namun, apa yang tidak sedap didengar apabila terdapat pihak didakwa cuba mengambil kesempatan terhadap mereka yang berlumba-lumba mengejar pahala berlipat kali ganda. Menerusi satu posting, seorang guru mendakwa terdapat pembekal kurma menaikkan harga buah itu yang sinonim dengan Ramadan dan sering dimakan ketika berbuka puasa dan sahur.
Walaupun mempunyai niat untuk membantu membekalkan kurma ke rumah-rumah anak yatim dan pusat kebajikan seumpamannya, namun Mohd Fadli berpendapat bahawa pembekal kurma tidak wajar untuk menaikkan harga yang keterlaluan. Lebih memburukkan keadaan apabila pihak terbabit turut mempergunakan nama-nama tertentu demi memancing pembeli untuk bersedekah dan infaq iaitu perbelanjaan untuk tujuan kebajikan. Dalam pada itu, Mohd Fadli yang kini mempunyai lebih sejuta pengikut di Facebook turut mendakwa menerima maklumat terdapat lambakan kurma di kebanyakan pusat tahfiz dan rumah anak yatim. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan tersebut, terutama ia berlaku di bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Sumber: mStar
|
cmf_premierleag replied at 12-4-2022 06:43 AM
Akak dah lama tahu taktik bisnes2 psl wakaf la infaq la apa semua ni
Sbb tu akak malas nk derma
Baik ...
haruslah replied at 12-4-2022 07:58 AM
Kan....asik2 bagi kurma
Tahun lepas nye pun x abis lg
Pastu manis semacam, sakit tekak makan
Thunderclouds replied at 12-4-2022 08:48 AM
Ni suma sbb konsep tamak pahala. Sapa yg start dulu menda ni?? Sampai xmunasabah terus jadinya. Ada ...
Rajawali: antara buah yang tak lalu aku ...
ADVERTISEMENT