Sebuah klip video mendapat perhatian netizen Indonesia kerana memaparkan senario seorang pelajar lelaki menunggang motosikal menggunakan kakinya sambil kedua-dua tangan leka bermain telefon bimbit, lapor laman berita Suara.com.
Video yang dirakam seorang pengguna jalan raya di wilayah Jawa Tengah itu dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @andreli_48. Menerusi video tersebut, seorang pelajar lelaki yang masih memakai seragam sekolah dilihat menunggang sebuah motosikal berwarna merah. Kedua-dua tangannya memegang telefon bimbit untuk bermain permainan video, manakala dua kakinya diletakkan pada hendal untuk mengawal motosikal.
|
ADVERTISEMENT