Keterujaan seorang wanita dan adiknya untuk menikmati kebab sebagai juadah berbuka puasa berubah kecewa.
Dakwanya, kebab yang dibeli daripada peniaga di bahu jalan itu menggunakan roti sandwich sahaja. Menerusi video dimuat naik Kyra Mali di TikTok, dia menunjukkan dirinya sedang membuka bungkusan berkenaan sebelum mendapati dia sudah tertipu dengan peniaga terbabit yang hanya tidak menggunakan roti pita, sebaliknya menggunakan roti putih.
Ujarnya lagi, dia bersama adiknya membeli dua bungkus kebab dengan harga RM2.50 setiap satu dan ketika di gerai peniaga berkenaan, kebab tersebut sudah dibungkus terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dia sempat memuji dengan mengatakan bahawa inti makanan timur tengah itu sedap. Sumber: OhBulan
|
ADVERTISEMENT