JAKARTA: Jamu dimasukkan ke dalam senarai Budaya Tidak Ketara (Intangible Cultural Heritagen) milik Indonesia di bawah Kementerian Pendidikan, Budaya, Penyelidikan dan Teknologi.
Dokumentasi mengenai sejarah jamu dan penggunaannya di negara ini disediakan oleh Pasukan Kerja Nominasi Budaya Sihat Jamu dengan kerjasama Gabungan Pengusaha untuk melengkapi syarat yang ditetapkan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Lapor Kompas.com, jamu menjadi satu daripada ICH milik Indonesia yang bakal diusulkan kepada UNESCO pada tahun ini.
Berdasarkan sejarah dan kajian yang dilakukan, penggunaan jamu sebagai bahan perubatan mula digunakan di negara ini pada abad ke-5 Masihi di candi Borobudur, Prambanan dan Penataran. Selain itu, golongan wanita pada era tersebut didakwa memainkan peranan penting dalam menghasilkan jamu dan bagi golongan lelaki, mereka ditugaskan untuk mencari bahan termasuk tumbuhan untuk tujuan tersebut. Fakta itu dikukuhkan dengan penemuan sejumlah artifak berupa alat penumbuk untuk menghasilkan jamu di lereng Gunung Sindoro, Jawa Tengah. Dalam pada itu, penggunaan jamu di Indonesia meningkat mendadak semasa penjajahan Jepun pada tahun 1940-an sebelum ‘sepi seketika’ akibat perang dunia yang meletus. Kemudian, pada 1966, penggunaan jamu kembali bernafas dan masih berterusan hingga kini. -CARI Sumber: Utusan Online
|
Decaffeinated replied at 11-4-2022 02:33 PM
aku rasa semua kegigihan indon ni hasil insecurity dgn malaysia ja
Seriously, does the world care?
Skuau replied at 11-4-2022 01:46 PM
i don't care3
i don't mind3
get away3
lattehazelnut replied at 11-4-2022 02:18 PM
Beriya claim heritage..
Tp bukan nak duduk negara sendiri pun..
Bersepah rakyat negara korg kat mane ...
sharlenetexas replied at 11-4-2022 02:18 PM
Bukan ke ada brand jamu gambar bapak ayam? Jamu jago.
Adrif replied at 11-4-2022 03:17 PM
kan.simple je
bila negara diorang ada berita tak enak, politik misalnya
ADVERTISEMENT