CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Keluarga Disihir Sejak 2019, Anak Sulung Selalu Dirasuk Makan Ubat Penenang Pun Tak Membantu

11-4-2022 11:13 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2242| Komen: 12|Original author: Tatod


Ibu bapa mana yang tidak sedih melihat keadaan anak mereka yang dulunya seorang abang yang penyayang tiba-tiba sahaja sikapnya bertukar sikap menjadi agresif dan melampiaskan amarah kepada adik-adinya.

Gania Shalina berkongsi keadaan anaknya, Muhammad Haziq Irfan yang didakwa selalu dirasuk gara-gara keluarganya menjadi mangsa sihir sejak 2019. Bukan hanya suami tetapi anak-anak wanita itu juga turut menjadi sasaran.

Pada 8 April lalu, Gania memuat naik beberapa siri video memaparkan dia dan suami menjemput anaknya yang keluar dari rumah dalam keadaan berkaki ayam menuju ke Lubuk Rambutan seolah-olah sedang dikawal 'sesuatu'.


Kongsinya di Facebook, pada hari tersebut, dia baru saja selesai menunaikan solat Asar apabila ada penduduk kampung yang datang ke rumah memaklumkan anaknya berjalan seorang diri.


Loading FB Post...

"Dari tahun 2019 lagi keluarga kami disihir. Sekejap saya sakit, lepas tu anak dan kemudian suami, Anak saya kata, benda tu nak hancurkan keluarga kami dan tak senang tengok kami senang.

"Kejadian itu bukanlah kali pertama. Dia selalu diganggu. Perwatakannya akan berubah, sukar dikawal dan agresif. Dah pernah bawa ke hospital. Check up CT brain normal. Ubat penenang yang diambil masa tu pun tak dapat nak bantu," tulisnya yang memohon doa agar anaknya kembali sihat seperti sediakala.

Sudah 11 hari anaknya menjalani rawatan Islam, Gania berharap agar kaedah tersebut dapat membantu anak serta keluarganya bagi menangani masalah yang mereka hadapi.

Perkongsian video baharu Gania menunjukkan anaknya yang bertindak agresif membaling kerusi dan menendang pintu bilik marahkan sesuatu. 

Berdasarkan keterangan diserta dengan video-video yang dikongsikan, kejadian tersebut berlaku malam tadi.

Loading FB Post...

Di ruangan komen, ia dihujani dengan doa dari orang ramai yang turut sama mengharapkan kesihatan Irfan. Tidak kurang juga ada antara mereka yang menyarankan beberapa nama perawat Islam yang mungkin dapat membantu menyelesaikan masalah mereka.

Pun begitu, ada segelintir netizen yang menyifatkan kelakuan yang ditunjukkan oleh Irfan mungkin ada kaitan dengan masalah mental seperti bipolar. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 11-4-2022 11:26 AM
i nampak dia macam budak rebel yang nak perhatian mak bapak..

Quote hareeeesah 11-4-2022 02:28 PM
Eh nasib tgk siang.. kesian la budak tak bersalah yg kena
Quote Adrif 11-4-2022 03:13 PM
anak jiran dulu pun ada sorang macam ni

kaunselor suruh check in Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan tu, tapi diorang tak nak.
ngadap ler angin anak dia datang tak menentu. bertahun-tahun
Quote saviour_09 11-4-2022 03:24 PM
tamampu nak husnudzon tp kenapa iols tengok tak macam rasuk pun
Quote swimswim 12-4-2022 06:20 AM
Ubat dia tampar je. Attention seeker la mak n anaknya pun.
Quote Samerosie 12-4-2022 06:57 AM
Edited by Samerosie at 12-4-2022 06:59 AM

Kena rasuk siap boleh buka jam tangan main rambut garu tangan crack fingers pula.  Agree dgn forumer lain, makannya penampo je.  Kepala tu saja diteleng2 kan dlm movie.  Yg bilik mak dia kata jin duk duduk tu, memang la dah kau tak kemas mcm bilik stor.
Quote annehuda 12-4-2022 09:23 AM
dari acik ni dok pegang hp rakam-rakam baik kasi pelempang kt jin tu 4-5 das ke. ni dok layankan sangat manelah jin tu tak naik lemak
Quote copy_paste 12-4-2022 11:44 AM
ni gaya mcm mental desoder, kena cpt rawat kalau x payah nt,
takut nt bila dewasa jadi gila isim,
Quote dekmieDandy 13-4-2022 11:10 AM
baik bawak jumpa pakar psychiatry dulu

teringat posting ustajah manatah tu, yang semua penyakit atas muka bumi ni sebab jin
Quote star_karat 17-4-2022 10:44 PM
Benda ni kita nak melayan bwk berubat sana sini bertahun tahun sampai penat last2 biar kan jer lah. Harap2 baik sendiri. Kadang ingat dia sengaja cari perhatian. Tapi klu dlm family ada orang lain pun kena, memang jin punya kerja. Kita yang tak pernah kena maybe ingat dengan pelempang boleh settle problem. Yang takut ni time kita tido dia main pisau. Tapi jin jarang main pisau rodok orang tengah tido.
Quote Orix 18-4-2022 11:52 AM
iols pun setuju komen forumer yg suruh bg penampaq sedas dua
Quote swimswim 19-4-2022 08:22 AM
star_karat replied at 17-4-2022 10:44 PM
Benda ni kita nak melayan bwk berubat sana sini bertahun tahun sampai penat last2 biar kan jer lah.  ...

Sbb dlm family ada benda2 mcm ni la dan pengalaman sendirilah, aku soh tampar je.

Sorry, for me its faked by the kid.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.061697 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top